Kursus Umrah


Perkara Yang Membatalkan Wuduk

1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur.
2. Tidur tanpa menetapkan kedudukan punggungnya.
3. Hilang akal.
4. Menyentuh zakar, faraj atau dubur manusia dengan tapak tangan atau perut jari tangan.
5. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin. Menurut satu pandangan dalam mazhab Syafie, hanya batal wuduk jika bersentuh dengan syahwat.

Pandangan Mazhab Syafie (pandangan marjuh) dalam kes batal wuduk:
Pendapat pilihan berdasarkan maslahat jemaah haji - tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan kulit antara lelaki dan wanita ketika tawaf dan dalam keadaan masyaqqah  (kepayahan/kesusahan) dengan syarat tanpa syahwat.

* Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 22 pada 5-7 Mei 2006 bertempat di Kuala Terengganu.

* Berdasarkan kes diatas jemaah Malaysia tidak perlu bertaqlid dengan mazhab lain.