RIYADH:
Semakin ramai jemaah umrah berada di bandar suci Makkah dan Madinah menjelang
bulan Ramadan bulan depan. Musim tahunan umrah mencapai kemuncak Ramadan tahun
ini ketika ramai umat Islam amat berminat mendapat ganjaran ketika bulan suci
itu. Selain itu, sejumlah besar penduduk di negara anggota Majlis Kerjasama
Teluk (GCC) dan negara Arab lebih suka menghabiskan sebahagian cuti musim panas
mereka dekat tempat suci umat Islam.
Semua
faktor itu menyumbang kepada peningkatan besar bilangan jemaah musim ini, menurut
sumber syarikat perkhidmatan umrah.
Bilangan
jemaah umrah mencapai 621,000 pada Jun (Rejab) berbanding 571,602 bulan
sebelumnya iaitu peningkatan sembilan peratus.
Jumlah
jemaah menggunakan khidmat udara meningkat 68 peratus membabitkan 2,145,737 ketika
tahun terkini berbanding tempoh sama tahun lalu di mana ada peningkatan 17
peratus dan satu peratus dalam jumlah jemaah yang menggunakan jalan raya
(531,198) dan jalan laut (28,860).
Warga
Iran mengungguli senarai jemaah umrah yang sampai ke bandar suci ini pada musim
umrah terkini yang bermula 19 Januari lalu (15 Safar). Sekurang-kurangnya
663,558 warga Iran menjalani ibadat umrah tahun ini menjadikan 21.17 peratus
daripada jumlah jemaah umrah yang datang ke negara ini.
Rakyat
Mesir ramai 374,480 jemaah berada di tempat kedua sementara Turki (342,375) dan
Pakistan (331,662) menuruti di belakang. Ia diikuti jemaah Indonesia 229,110,
Jordan (197,057), Iraq (198,975), India (168,013), Syria (142,828) dan Malaysia
(101,362).
Tambahan
384,837 jemaah lain mewakili pelbagai warga negara juga sampai ke sini ketika
musim umrah.
Dijangka
hampir 30 peratus jumlah jemaah umrah pada musim ini tiba dalam tempoh sebulan
bermula pertengahan Syaaban (16 Julai) sehingga separuh Ramadan, menurut sumber
di sektor perkhidmatan umrah.
Kementerian
Haji Arab Saudi mendedahkan tiga minggu lalu bahawa ada peningkatan 34 peratus
dalam jumlah jemaah umrah tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Ia
berkata misi Arab Saudi di luar negara melaporkan mengeluarkan 3.6 juta visa
umrah ketika tempoh berkenaan.
Pihak
berkuasa syarikat perkhidmatan umrah ragu-ragu dengan kejayaan musim terkini
kerana gusar bakal jemaah tidak berupaya membuat kunjungan akibat pergolakan
politik di beberapa negara Arab. – Agensi
Sumber: Berita Harian. Jumaat. 15/7/2011.