Yang OK Dan KO Dalam Ibadah Haji Dan Umrah




Yang OK Dan KO Dalam Ibadah Haji Dan Umrah

KO itu merujuk kepada tidak ada ilmu (jahil) ataupun dengan kata lain, mengerjakan haji dengan cara ikut-ikut sahaja yang seterusnya melahirkan pelbagai tingkah laku buruk di kalangan sebahagian daripada jemaah haji. Haji bukannya boleh ikut-ikut sahaja, pergi tanpa ilmu. Haji tanpa ilmu jadilah haji KO atau haji kalah dan tewas iaitu ditolak oleh Allah.

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan. Oleh kerana itu, ramai antara kita kurang arif ataupun tidak tahu secara mendalam mengenai tertib ibadah haji ataupun umrah. Bahkan solat yang kita lakukan setiap hari juga kadangkala tersilap, terlupa dan sebagainya, apatah lagi ibadah haji ataupun umrah yang jarang sekali kita lakukan. Justeru, bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesalahan, Tuhan memberikan garis panduan mengenai apa yang OK dan apa yang KO dalam ibadah yang penuh berkat ini. Garis panduan itu termaktub di dalam Quran, sunah Nabi Muhammad dan kitab-kitab tokoh-tokoh Islam terdahulu. Bersyukurlah, kini kita tidak perlu bersusah payah mencari sumber rujukan bagi mengetahui apa yang OK dan KO dalam ibadah haji dan umrah, segala-galanya itu berada di tangan anda sekarang.

Sama ada anda hendak menunaikan haji ataupun umrah ataupun hendak menghadiahkan buku panduan kepada saudara yang ingin menunaikan haji ataupun umrah, buku ini adalah jawapannya. Ia diterbitkan bersama dengan dua buku lain yang menjadi bonus kepada buku ini.

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

  • Penjelasan, apa yang OK dan yang KO dalam ibadah haji dan umrah?
  • Tip dan panduan bagi melakukan apa yang OK dan menghindari apa yang KO.
  • Tertib bagi menunaikan fardu haji ataupun umrah yang sempurna.
  • Doa-doa terkenal berkaitan ibadah haji dan umrah.

Isi Kandungan

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
PRAKATA

Bahagian 1
Bab 1: PENGENALAN
Menilai KO dan OK dalam Mengerjakan Haji ke Baitulharam
Tingkah Laku Buruk dan Khurafat
Pergi Haji dengan Hati yang Kotor

Bab 2: IBADAT BUKAN ADAT
Adab-Adab Sebelum Mengerjakan Haji
Adab-Adab Musafir

Bab 3: RUKUN HAJI
Wukuf Di Arafah
Tawaf
Membaca Doa Selepas Solat Sunat Tawaf
Saei
Bercukur
Rukun Dan Wajib Umrah

Bab 4: WAJIB HAJI
Larangan Dalam Masa Ihram Haji Dan Umrah
Adab-Adab Ihram Dari Miqat
Adab-Adab Masuk Mekah Sehingga Tawaf
Berdoa Masuk Ke Tanah Haram Mekah
Doa Semasa Melihat Kota Mekah
Doa Ketika Nampak Baitullah (Kaabah)

Bab 5: KAEDAH MENGERJAKAN HAJI
Haji Tamattu
Haji Ifrad
Haji Qiran
Balik Ke Mekah
Dam
Jadual Dam Tertib dan TaKdir
Jadual Dam Tertib dan Tadil
Jadual Dam Takhyir dan Tadil
Jadual Dam Takhyir dan TaKdir

Bab 6: TAWAF WADA
Doa Semasa Tawaf Wada

Bab 7: ZIARAH KE MADINAH AL-MUNAWWARAH
Kepentingan Ziarah Madinah
Beberapa Adab Ziarah Masjid Nabawi
Doa Semasa Menziarahi Makam Nabi Muhammad
Doa Semasa Di Raudhah
Tempat-Tempat Yang Patut Diziarahi Di Madinah

Bahagian 2
Bab 8: FIKAH
Pergi Haji dengan Harta Haram
Mahram Tumpang
Pergi Haji dalam Idah Wafat
PERLU Buat Kenduri Sebelum Pergi Haji
Berat Mulut Bertalbiah
Jalan Pintas Semasa Tawaf
Solat di Bilik Hotel Lebih BAIK
Gemar Solat di Bahagian Tangga Masjid
Pecah Batu Besar bagi Lontar Jamrah
Takbir Raya Sebelum Tahallul
Balik Haji Tetapi Tidak Solat dalam Kapal Terbang
Kain Ihram Sebagai Kain Kapan
Enggan Solat Jenazah
Solat Menghadap Masjid al-Aqsa di Masjid Qiblatain
Malas Tawaf di Mekah

Bab 9: AKHLAK MELANCONG MENERUSI HAJI DAN UMRAH
Banyak Komen
Bersembang-sembang Sewaktu Tawaf
Bayar 100 Riyal untuk Cium Hajarul Aswad
Menyertai Jemaah Kereta Api
Banyak Bersembang di Padang Arafah
Lambakan Sampah Sarap di Muzdalifah
Makan Sering Tidak Habis, Membazir
Berlumba Lari Pecut di Raudhah
Membeli-belah di Mekah dan Madinah

Bab 10: KHURAFAT
Koyak Kertas Bentuk Dua Kalimah Syahadah
Bawa Batu dari Tanah Air dan Bawa Pulang Batu Tanah Haram
Bawa Uri, Kuku dan Rambut Bayi ke Mekah
Tawafkan Duit dan Air Zamzam
Sapu Serban, Dompet, Duit dan Baju pada Kaabah
Koyak Kelambu ataupun Beli Kelambu Kaabah
Tampal Duit Syiling di Bawah Baitullah
Ketuk-ketuk Pintu di kawasan Saei
Bersama Suami ataupun Isteri dengan Cara dan Tujuan yang Luar Biasa
Tidak Boleh Tengok Cermin Sewaktu dalam Ihram
Peluk Tiang Jin di Masjidil Haram
Beli Tiang Masjidil Haram Sebagai Wakaf
Apabila Hujan Lebat di Mekah Mandi di bawah Pancuran Emas Kaabah
Gulingkan Badan di Makam Ibrahim
Tanam Tujuh Biji Anak Batu di Padang Arafah
Curi Tali Khemah di Arafah
Bawa Balik Jin dari Mekah
Jemaah Haji Balik dari Mekah Berkurung Selama 40 Hari di Rumah (Idah Haji)
Upacara Pengijazahan Haji

Bahagian 3
Bab 11: BEBERAPA NASIHAT BAGI JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Penulis: Khair Abd. Salam, Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Millennia
Harga: RM 15.00 / RM 18.00

0 comments