Soalan 14


Soalan:

Hukum tunai Haji dengan pinjaman/pembiayaan bank atau institusi kewangan.

Jawapan:


Keputusan MHPK Ke 23: Harus bagi orang berhutang melalui skim pinjaman wang daripada institusi kewangan untuk menunaikan fardhu haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan tidak menjejaskan kehidupan normal seseorang. Walau bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1) Tidak ada unsur riba.

2) Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang-orang yang dalam tanggungan untuk melunaskan hutang atau perbelanjaan mengerjakan haji.

3) Kemudahan yang diambil hendaklah benar-benar atas dasar menyegerakan perlaksanaan perintah Allah bukan sekadar memenuhi keinginan untuk berkunjung dan berekreasi bersama keluarga ke Tanah Suci.
  • Soalan 21
    Taubat Anak Derhaka Soalan: Ada seseorang yang derhaka kepada ...
  • Soalan 20
    Pergi Haji Tanpa Izin ibu bapa Soalan: Bolehkah seseorang melaku ...
  • Soalan 8
    Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Menunaikan Haji Sunat atau Umrah Sunat. ...