Hadith 4: Jangan lalu didepan
orang sedang bersolat.
عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ،
أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَرْسَلَهُ إِلَى أَبِي جُهَيْمٍ يَسْأَلُهُ، مَاذَا
سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَارِّ بَيْنَ
يَدَيِ الْمُصَلِّي؟ فَقَالَ أَبُو جُهَيْمٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا
عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ
يَدَيْهِ.
[البخاري]
Ertinya:
Dari Busr bin Said bahawa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim untuk
menanyakan apa yang didengarnya dari Rasulullah SAW tentang orang yang lalu didepan
orang yang sedang solat.
Abu
Juhaim lalu berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya orang yang lalu didepan
orang yang sedang bersolat mengetahui apa akibat yang dia akan tanggung (dosa),
nescaya ia berdiri selama 40 lebih baik baginya daripada dia lalu didepan orang
yang sedang solat.
Abu
Nadhr (perawi, Salim bin Abi Umayyah al-Qurasyi): Aku tidak tahu yang dimaksud dengan
jumlah 40 itu, adakah 40 hari, bulan atau tahun.
[HR
Bukhari]
Dalam Hadith
lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْ يَعْلَمُ
أَحَدُكُمْ مَا لَهُ فِي أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْ أَخِيهِ مُعْتَرِضًا فِي الصَّلاةِ،
كَانَ لَأَنْ يُقِيمَ مِائَةَ عَامٍ خَيْرٌ لَهُ مِنَ الْخَطْوَةِ الَّتِي
خَطَاهَا.
[ابن
ماجه]
Ertinya:
Dari Abu Hurairah r.a; Nabi SAW bersabda:
Sekiranya
salah seorang dari kamu tahu apa yang akan menimpanya ketika melintas didepan
saudaranya yang sedang solat, maka berdiri selama 100 tahun adalah lebih baik
daripada melangkahi kaki (melintasinya).
[HR
Ibnu Majah; Albani: Daif]
Bahkan Nabi SAW
menekankan bahawa orang yang lalu dihadapan orang sedang solat adalah syaitan
dan layak ditegah perbuatannya.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي، فَلا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ
يَدَيْهِ، وَلْيَدْرَأْهُ مَا اسْتَطَاعَ، فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا
هُوَ شَيْطَانٌ.
[مسلم]
Ertinya: Dari Abu Said
al-Khudri r.a (Saad bin Malik) bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Apabila salah seorang dari kamu
solat, maka janganlah dia membiarkan seseorang melewati dihadapannya dan
hendaklah dia menghalanginya semampunya. Jika dia menolak maka hendaklah dia
memeranginya kerana dia adalah syaitan.
[HR Muslim]
Dalam hal ini lalu depan
orang sedang solat yang depannya ada sutrah atau penghadang - makruh dan haram.
Namun pendapat terpilih antara keduanya adalah haram.