Soalan 10


Soalan:

Adakah Doa Qunut yang dibaca dalam Solat Subuh boleh ditinggalkan?

Jawapan:

Membaca Qunut pada Solat Subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafie. Oleh itu, sekiranya tidak dibaca, tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut. Sesiapa yang tertinggal membaca qunut, sunat melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam. Sekiranya sengaja meninggalkan baca qunut dalam Solat Subuh, solatnya tetap sah dan tidak berdosa.

Sumber:
Ustaz Azhar Idrus. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. 2011. PTS Islamika.

  • Soalan 8
    Soalan: Ada orang berkata bahawa niat dalam solat diucapkan sewaktu ...
  • Soalan 6
    Apa itu Solat Jamak Syuri Soalan: Ketika sakit tua, arwah datuk sa ...
  • Soalan 1
    S: Apa maksud waktu tahrim? J: Waktu tahrim ialah waktu yang dih ...

0 comments