Soalan:
Bagaimana melakukan
upah haji? Apakah kewajipan lain untuk saya sebagai anak lelaki lakukan selepas
ibu saya meninggal dunia?
Jawapan:
Apabila seorang itu mati, ada
beberapa perkara yang perlu dibuat selain daripada kewajipan menguruskan
jenazahnya.
Antaranya adalah membayar
hutang si mati kepada Allah seperti hutang puasa, haji, zakat, wasiat, nazar dan
lain-lain dan membayar hutangnya kepada orang yang hidup.
Jika si mati meninggalkan
harta maka wajib pemegang hartanya membayar hutang Allah dahulu kemudian
hutang sesama manusia. Jika si mati tidak meninggalkan harta maka sunat atas
warisnya tolong menjelaskan kedua hutang tersebut.
Jika si mati meninggalkan
harta dan belum sempat menunaikan haji maka wajib digunakan harta itu bagi
mengupah kerja hajinya iaitu waris menggunakan wang itu bagi mengupah seorang
yang lain untuk pergi mengerjakan haji bagi pihak si mati. Jika si mati tidak
ada harta yang ditinggalkan maka sunat atas para warisnya tolong mengerjakan
haji untuknya dengan sukalera.
|
Sumber:
Ustaz Azhar
Idrus. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.
2011. PTS Islamika.
0 comments