Soalan:
Apakah hukum wanita yang berlari-lari anak di
kawasan bertanda hijau di tempat Sai’e?
Jawapan:
Hukumnya tidak ikut Sunnah. Berlari-lari anak di tempat itu hanya disunatkan ke atas lelaki.
Sumber:
Zulkifli Khair, Khari Abdul Salam dan Abdul
Ghani Jalil. 501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah. PTS Islamika. 2008.
Soalan:
Adakah dikira sah Jemaah Haji yang uzur
melakukan sai’e dengan menaiki kereta sorong yang disediakan oleh Kerajaan
Saudi, tetapi mereka disorong hanya sampai setakat penghabisan pagar perjalanan
kereta itu sahaja?
Jawapan:
Ya, dikira sah kerana ia bersai’e di kawasan yang termaklum (Batnul Wadi). Selain dari itu Kerajaan Saudi telah menghadkan pangkal Bukit Safa dan Marwah ialah pada penghabisan pagar laluan kereta sorong itu dan untuk makluman pada tahun 50an dahulu Bukit Safa dan Marwah itu (tapak tangga) adalah lebih ke bawah lagi dan hukum menaiki hingga anak-anak batu itu adalah sunat bagi lelaki sahaja, tidak bagi perempuan.
Sumber:
Lembaga Tabung Haji Malaysia. Soal Jawab Haji
& Umrah. 1999.
0 comments