Soalan:
Sekiranya tidak
berupaya melakukan sai’e, apakah yang perlu dilakukan?
Jawapan:
Dia boleh menggunakan khidmat
kereta sorong.
|
Soalan:
Seseorang yang
mengerjakan umrah sudah melakukan sai’e dahulu sebelum tawaf kerana tersesat
tidak jumpa tempat tawaf. Apakah hukum umrahnya?
Jawapan:
Hukum umrahnya tidak sah
kerana dia tidak mengikut tertib. Tawaf hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum
sai’e dalam ibadah umrah.
|
Soalan:
Apakah hukum
melakukan sai’e terlebih dahulu sebelum melakukan Tawaf Ifadah disebabkan
keadaan yang terlalu sesak di tempat tawaf?
Jawapan:
Hukum sai’enya tidak sah
kerana dia tidak mengikut tertib. Dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadah lalu mengulangi
sai’e semula.
Namun bagi mereka yang memilih
Haji Ifrad dan sudah melakukan sai’e selepas Tawaf Qudum, sai’e itu dikira
sah sebagai Sai’e Rukun (yang juga dikenali sebagai Sai’e Simpan). Oleh yang
demikian, selepas kembali ke Mekah daripada Mina, mereka yang sudah melakukan
sai’e selepas Tawaf Qudum tidak perlu lagi melakukan sai’e selepas Tawaf
Ifadah.
|
Sumber:
Zulkifli Khair,
Khari Abdul Salam dan Abdul Ghani Jalil. 501 Soal Jawab Tentang Haji &
Umrah. PTS Islamika. 2008.
0 comments