Abdul Razak
Ismail (kiri) bertukar dokumen dengan Samer Akhyat (kanan) sambil disaksikan
Ahmad Said pada Majlis menandatangani MoU Operasi Umrah dan Haji di Kuala
Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU
19 April - Kerajaan negeri memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan
syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines bagi meningkatkan pengendalian
urusan umrah dan haji secara terus dari sini.
Melalui MoU
berkenaan, syarikat penerbangan tersebut akan memulakan dua penerbangan
sulungnya pada 25 Mei ini dan seterusnya pada 19 Julai dengan membawa 450
penumpang bagi setiap penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud terus ke
Jeddah dan Madinah.
Kerjasama
strategik ini juga dalam usaha kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai
hab umrah dan haji Pantai Timur dengan kemudahan lebih luas untuk rakyat
menunaikan ibadat.
Menteri Besar,
Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia dapat membantu mempromosikan Terengganu dan
merancakkan perkembangan industri pelancongan yang diberikan penekanan oleh
negeri.
“Kita hendak
terus memudahkan jemaah kita kerana permintaan semakin meningkat dan dalam masa
yang sama meletakkan Terengganu sebagai hab umrah dan haji.
“Malah pada masa
depan kita harap dapat turut menyediakan kemudahan ini untuk umat Islam di
selatan Thailand,” katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara memeterai MoU berhubung
penerbangan berkenaan.
Kerajaan negeri
diwakili oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail manakala Saudi
Arabian Airlines diwakili Pengurus Besar Pengurusan Jualan dan Perolehannya,
Samer Akhyat.
Turut
menyaksikan ialah Penasihat penyelaras bagi kerajaan negeri, Abu Backer Sidek
Mohamad Zan dan Pengurus Rantau bagi Saudi Arabian, Hisham Albinyyan.
Menurut Ahmad,
selain peningkatan penerbangan umrah, kerajaan negeri akan turut memohon supaya
penerbangan haji dapat ditambah kepada 12 penerbangan tahun ini, berbanding
lapan pada musim lalu menggunakan pesawat Airbus 350.
Berucap pada
majlis itu, Abdul Razak berkata, hasil usaha selama beberapa tahun untuk
mendapatkan penerbangan terus ke Arab Saudi malah dengan kadar lebih kerap
membuahkan hasil yang membanggakan.
“Dalam
perancangan awal, pada tahun 2013, dijangkakan sebanyak 21 penerbangan bakal
dijadualkan bagi tujuan umrah sahaja, kesemuanya penerbangan terus dari Kuala
Terengganu ke Madinah,” ujarnya.
Sementara itu,
Abu Backer memberitahu, kerajaan negeri Terengganu telah melaksanakan
penerbangan umrah dan haji selama empat tahun dengan Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS)
“Walaupun jadual
penerbangan sejak awal tahun 2012 telah diberikan oleh MAS, penerbangan terus
Terengganu - Jeddah tidak dapat dimulakan hingga kini, berkemungkinan kerana
masalah rombakan organisasinya ataupun kekurangan pesawat.
“Oleh yang
demikian, kerajaan negeri dengan nasihat dari Duta Malaysia di Arab Saudi,
Datuk Syed Omar Al Asagoff memulakan rundingan dengan penerbangan Saudi sejak dua
bulan yang lepas,” ujar beliau.
Katanya, usaha
ini juga mendapat sokongan baik dari panel-panel ejen pengendali umrah, haji
dan pelancongan termasuk Rayhar Travel, TH Travel, Zahafiz Travel, Interleisure
Travel, Asari Murni Travel, Yaskin Travel dan Imtiyaz Travel.
Harga-harga
pakej yang ditawarkan dengan perbangan tembahan khas bermula dengan RM6,500
untuk 13 hari 12 malam.
Sumber:
Utusan Malaysia.
Jumaat. 20/4/2012.
0 comments