Jangan Buat! (55)


Jangan sabitkan hujan kerana makhluk tapi katalah hujan turun kerana takdir Allah!

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، قَالَ: صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ فِي إِثْرِ السَّمَاءِ، كَانَتْ مِنَ اللَّيْلِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَقَالَ: هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: قَالَ: أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ، فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ، فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي، كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ، وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا، فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي، مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ.
 [متفق عليه]

Ertinya: Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, “Rasulullah SAW mendirikan solat Subuh bersama kami di Hudaibiyah, selepas hujan turun pada malam tersebut. Setelah selesai solat, Baginda SAW menghadap kepada kaum muslimin seraya bersabda:

Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?
Para sahabat r.a menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengentahui.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Di antara hamba-hamba-Ku, ada yang menjadi orang yang beriman dan ada yang kafir. Maka barangsiapa yang berkata, “Kita diberi hujan dengan keutamaan dan rahmat Allah”, maka orang itu beriman kepada-Ku dan tidak beriman terhadap bintang-bintang. Sebaliknya orang yang berkata, “Kita diberi hujan oleh bintang ini atau bintang itu, maka orang tersebut kafir terhadap-Ku dan beriman kepada bintang-bintang.
[Muttafaqun ‘alaih]

0 comments