Putera Nayef 1934-2012 |
Putera Nayef Abdul Aziz [الأمير نايف عبد العزيز] telah meninggal dunia Sabtu lepas dan mayat Allayarham diterbangkan dari Geneva ke Jeddah sebelum disolat jenazahkan di Masjidil Haram, Mekah sebelum dikebumikan.
Ketibaan jenazah dari Geneva di Jeddah. Walau sekaya manapun akhirnya naik van jenazah juga. Jadi ambil iktibarlah wahai orang kaya!
Allahyarham merupakan Putera Mahkota Saudi iaitu orang no 2 dalam sistem beraja Saudi juga memerangkap Menteri Dalam Negeri Saudi. Ikut desas-desusnya Putera Salman pula akan ganti, semua anak-anak Raja Abdul Aziz, godfather Saudi. Seeloknya Raja Abdullah cepat-cepat bagi wasiat pewarisan tahkta sebelum berlaku perebutan kuasa. Ini kerana cucu-cicit Raja Abdul Aziz yang rata-rata berumur 40-an hingga 50-an sedang menunggu-nunggu tampuk kuasa. Masing-masing ada strategi, jangan sampai terjadi seperti kes Raja Faisal yang mati dibunuh oleh kaum keluarganya sendiri.
Raja Abdul Aziz bersama Raja Faroq Mesir di Jeddah |
Solat Jenazah di Masjidil Haram diimamkan oleh Syeikh Su’ud Syurim selepas Solat Maghrib pada Ahad 27 Rejab 1433H.
Solat Maghrib dahulu, dibelakang imam kelihatan Raja Abdullah
Solat Jenazah
0 comments