Oleh: Shaharom
TM Sulaiman
“Melihat
Masjidilharam yang kukuh dan melihat sosok hitam di tengahnya, sangat jauh beza
perasaan dengan melihat bangunan besar dan canggih di kota-kota dunia lainnya.
Di Mekah ada getaran. Di kota dunia hanya pesona, dan saya pernah merasa ingin
kembali ke sana. Berbeza dengan Mekah. Ada rasa ingin kembal ke sana lagi,
seperti umumnya setiap orang pulang haji.”
Itulah kata-kata
kenangan sasterawan tersohor Indonesia, A.A. Navis dalam bukunya Surat dan Kenangan
Haji. Buku setebal 164 halaman ini berisi cerita pengalamannya saat-saat
melaksanakan ibadah haji. Ritual haji memang menjadi sumber yang tidak
habis-habis ditulis. Daripada hal-hal yang serius, tatacara pelaksanaan ibadah
haji dan praktiknya, sampai hal-hal ringan.
Kegiatan Rukun
Islam kelima ini memang tidak dapat dipisahkan dari sejarah panjang umat Islam.
Salah satu sebabnya kerana Mekah memiliki peranan penting dalam dinamika Islam
dan kehidupan umat Islam termasuk di Malaysia dan Nusantara.
Sejak masa awal penyebarannya,
Mekah bukan saja sebagai tempat menunaikan ibadah bahkan sumber terpenting bagi
intelektualisme Islam di Nusantara Melayu. Ini telah dibuktikan dalam tulisan-tulisan
sarjana Melayu seperti Azyumardi Azra (Jaringan Ulama Timur Tengah dan
Kepulauan Nusantara Abad XV11 dan XV111). Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mohd. Redzuan
Othman (The Malays in Middle East) dan juga buku-buku tentang hubungan
ulama Mekah yang dihasilkan oleh Wan Muhammad Saghir Abdullah.
“Semakin
banyaknya anggota jemaah haji dan penuntut Mekah membuat terbentuknya komuniti
yang disebut sebagai ‘Ashab al-Jawiyin’, yang merujuk kepada orang-orang Muslim
dari Nusantara,” kata Azyumardi Azra bukunya.
Mekah memang
memiliki peranan transformasi yang luar biasa bagi Nusantara tidak hanya dalam bidang
keagamaan tetapi juga lapangan sosial, daya dan politik. Boleh dikatakan hampir
semua yang memainkan peranan penting dalam pembaharuan dan namika intelektual
serta sosial Islam Nusantara sejak abad ke-17 dan seterusnya adalah ‘didikan’
Mekah. Contohnya, pada, 1630-an, Raja Banten dan Raja Mataram mengirim utusan
Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan menuntut ilmu untuk membangunkan sebuah
pemerintahan yang baik. Hal yang sama juga dilakukan oleh Sunan Gunung Jati
(salah seorang Wali Songo) kepada anaknya, Hasanuddin untuk menunaikan ibadah
haji, yang tertuang dalam Hikayat Hasanuddin.
Ajakan untuk ‘berhaji’
itu tertuang dalam sebuah karya berbahasa Arab-Melayu yang ditulis pada 1700-an.
Begitu juga Abdullah Abdul Kadir Munsyi, yang dikcatakan pelopor sastera Melayu
moden, sempat menceritakan pengalaman saat kapal layar yang membawa dirinya
‘berhaji’ dihentam ombak raksasa dan badai di Tanjung Gamri di Ceylon (Sri
Lanka). Catatan perjalanan ini tertuang dalam Hikayat Abdul Kadir Munsyi pada
1854.
Snouck Hurgronje
(orientalis Belanda) juga sempat memberi catatan soal banyaknya orang peribumi
yang tidak kembali dari Mekah setelah menunaikan ibadah haji antara 1883-1888.
Dalam catatan penulis, selain dari buku-buku ‘klasik’ tentang haji, terdapat
juga buku-buku ‘moden’ tentang haji yang membanjiri pasaran seperti Haji dan
Umrah (Muslim Nasution), Haji dan Umrah Seperti Rasulullah (Muhammad
Nashiruddin al-Albani), 100 Tanya Jawab Seputar Haji, Umrah dan Korban (Yusuf
al-Qaradawi), Rahasia Haji Mabrur (M. Mutawaali Sya’rawi).
Boleh dikatakan
buku-buku ‘haji’ berada di pasaran lebih merupakan buku-buku dari Indonesia,
manakala buku-buku yang diterbitkan di Malaysia lebih merupakan buku bercorak
panduan dan fikah haji. Tidak begitu banyak didapati buku-buku yang bercorak
wacana haji seperti yang ditulis oleh pemikir Iran, Ali Syariati dalam bukunya,
Hajj, yang begitu falsafah dan sosiologikal pembahasannya.
Di samping itu
terdapat juga buku yang membahas antara haji ‘spiritual’ dan haji ‘hukum’
seperti buku Haji Spiritual Bila Tidak Mungkin Melakukan Haji Hukum merupakan
terjemahan dari berbahasa Arab yang ditulis Abu Hayyan al-Tauhid. PersoaIan ini
timbul apabila ada ingin rnenunaikan haji buat kali kedua atau seterusnya
sedangkan masih ramai lagi orang yang berhajat ‘naik haji’ tetapi tidak berkesempatan
kerana masalah kuota haji. Maka buku ini ingin melihat persoalan haji dari
konteks kepentingan awam, lalu memunculkan persoalan antara dikotomi ‘haji
hukum’ dan ‘haji spiritual’. Dibahaskan bahawa ibadah haji kali kedua dan
seterusnya hanyalah sunat hukumnya, sementara melayani kepentingan awam adalah
fardu kifayah yang wajib dipikul bersama.
Dalam konteks ‘spiritual’
wacana haji, penulis tertarik pada sebuah buku bertajuk Adversity Spiritual
Quotient (SQ) for Haji, yang ditulis oleh teman penulis, Haidar Bagir dan
C. Ramli Bihar Anwar. Haidar Bagir adalah pengasas dan pengarah urusan Mizan,
sebuah syarikat penerbitan buku-buku Islam terbesar di Indonesia yang turut
menerbitkan buku-buku panduan ‘mudah’ naik haji seperti Cara Mudah Naik
Haji, Buku Panduan untuk Calon Haji dan Umrah: Sejak Persiapan di Tanah
Air hingga Kepulangan dari Tanah Suci.
Melalui bukunya,
Haidar mengembangkan kaedah Adversary Spiritual Quotient (ASQ), hasil
penemuan oleh Paul C. Stoltz dalam membahas wacana haji. Buku ini secara jitu
menjawab ibadah haji adalah sarana pendakian ‘spiritual’ yang memerlukan upaya pencerdasan
dan penyedaran rohani yang tinggi. Oleh itu seharusnya hasil ibadah haji harus ‘lurus’
berbanding keadaan sebenar masyarakat. Ertinya jika jutaan penduduk yang sudah
‘naik haji’ dan ibadahnya diterima, tentu keadaan sosial keagamaan masyarakat
juga meningkat.
Bila tidak,
boleh dikatakan ada hal atau bahagian tertentu yang tidak kena pada tempatnya.
Untuk itu, buku ini mengajak kita mengasah kecerdasan ‘spiritual’ sebelum kita
menunaikan haji. Hal ini penting kerana ritual haji merupakan rangkaian
pendakian ‘spiritual’ yang berliku. Kesalahan yang kecil dan kesalahan praktikal
akan terlihat pada ‘kegagalan’ spiritual haji.
Merujuk pada
teori ASQ, haji sepenuhnya tidak mampu dilepaskan daripada keutuhan rangkaian
Rukun Islam yang lain, ibarat tangga bertingkat, kelima-lima Rukun Islam
(syahadah, solat, zakat, puasa dan haji) adalah urutan yang kukuh dan berkesinambungan.
Kesemuanya saling menyentuh dan saling melengkapi.
Dari situ,
lahirlah kemudian empat ragam watak ketakwaan. Pertama, kepekaan hati (buah
dari penghayatan syahadah). Kedua pemeliharaan nilai-nilai luhur (hasil dari
kekhusyukan solat). Ketiga, kedermawanan (kesan nyata ibadah zakat). Keempat,
kesabaran (kesan positif puasa). Empat watak atau karakter ketakwaan ini yang
menjadi urat nadi dan muatan ‘makna’ dari ibadah haji.
Tapak demi tapak
ibadah ‘ritual’ di atas menjelma menjadi rangkaian ‘rutin’ pendakian yang tidak
dapat dipisahkan. Apabila jalan ini dilalui dengan baik nescaya seseorang akan
mendapati haji sebagai ‘pengembaraan fizikal’ dan ‘pengembaraan rohani’ yang
mengesankan menuju ke ‘Rumah Allah’. Di titik itulah kemabruran haji diuji
dengan sejati.
æ Mastika. September
2012.
0 comments