Kuala Lumpur:
Seramai 1,329 jemaah haji Malaysia dari Maktab 92 yang menetap di Hotel Qars
Al-Janadriyah (فندق
قصر الجنادرية) di Makkah, melalui detik cemas apabila
asap dikesan di lobi bangunan 14 tingkat itu, pagi semalam.
Kejadian jam
8.15 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut, namun
tindakan pantas petugas Tabung Haji mengumpul dan memindahkan mereka ke kawasan
selamat, berjaya menenangkan keadaan. Jemaah dipindahkan Semua jemaah itu dari
Sarawak, Kedah, Perak dan Johor kemudian dipindahkan ke hotel lain kira-kira
100 meter dari Qars al-Janadriyah. Proses perpindahan jemaah ke Hotel Abraj
Al-Janadriyah mengambil masa hampir sejam.
Bahagian Hal
Ehwal Awam Komunikasi Korporat Tabung Haji dalam kenyataannya berkata, siasatan
mendapati asap itu berpunca daripada puntung rokok yang dicampakkan penghuni
hotel dan masuk ke saluran paip.
Puntung rokok yang tersangkut di paip itu mengeluarkan asap yang dikesan di lobi hotel, katanya di sini, semalam.
Tabung Haji
berkata, selepas disahkan selamat oleh pasukan bomba, semua jemaah kemudian
dipindahkan semula ke Hotel Qars Al-Janadriyah kira-kira jam 10.30 pagi.
Sebaik asap dikesan,
empat ambulans turut ditempatkan di pekarangan hotel sebagai langkah
berjaga-jaga sepanjang proses perpindahan jemaah haji.
Sementara itu,
Ketua Biro BH Sarawak, Misiah Taib yang turut menginap di hotel berkenaan
memuji tindakan pantas petugas Tabung Haji memindahkan jemaah ke tempat selamat
bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Petugas Tabung
Haji mengetuk pintu setiap bilik penginapan jemaah untuk memaklumkan kejadian
itu. Kami diminta meninggalkan semua barangan, kecuali dokumen penting sebelum
dipindahkan ke lokasi selamat.
“Sebagai langkah
berjaga-jaga, jemaah dibawa turun melalui tangga kecemasan dan ketika itu
memang ada bau benda terbakar dan kepulan asap,” katanya.
Misiah berkata,
semua jemaah mulanya dikumpulkan di pejabat Tabung Haji berhampiran hotel,
manakala mereka yang uzur dipindah menggunakan ambulans.
æ Berita Harian.
11/10/2012.
___________________________
Leh tahan orang
kita. Rokok punya pasal. Patutnya sampai sana puasa-puasalah rokok tuh....
0 comments