SUBANG JAYA 18 Dis. - Malaysia Airlines (MAS) hari ini memperoleh
36 pesawat baharu ATR 72-600 dengan nilai RM3 bilion daripada ATR, iaitu
syarikat pengeluar turboprop yang berpangkalan di Toulouse, Perancis.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MAS, Ahmad Jauhari
Yahya berkata ATR telahpun komited untuk menghantar tiga pesawat turboprop
tahun depan, lima lagi tahun berikutnya dan enam pada tahun 2015.
“Daripada sejumlah 36 pesawat, Firefly akan mendapat 20, sementara
MasWings pula 16,” kata beliau dalam persidangan akhbar untuk memaklumkan
mengenai peluasan rangkaian Firefly hari ini.
Ahmad Jauhari berkata kelebihan operasi turboprop ialah
keupayaannya untuk mendarat dan berlepas dengan amat pantas, kurang daripada 30
minit, sekali gus menyaksikan peningkatan kekerapan penerbangan.
“Pada masa ini, orang ramai mengembara mengikut keselesaan
masing-masing, jadi, kekerapan ataupun frekuensi amat penting,” kata beliau
sambil menambah yang pemilikan pesawat baharu itu akan dibiayai dengan dana
dalaman, dalam lingkungan kumpulan MAS.
- Utusan
0 comments