Soalan 21


Taubat Anak Derhaka

Soalan:

Ada seseorang yang derhaka kepada ibu bapanya. Kemudiannya kedua-dua mereka meninggal dunia dalam keadaan masih marah. Bagaimanakah cara anak itu menghapuskan kemarahan kedua-duanya dan mengelak daripada tuntutan mereka di akhirat nanti?

Jawapan:

Tidak ada cara untuk membatalkan tuntutan mereka di akhirat. Akan tetapi, anak itu sepatutnya menyesal, memperbanyak istighfar, doa dan bersedekah untuk mereka berdua jika mampu. la juga mesti memuliakan dan menyambung hubungan silaturahim dengan orang yang dicintai oleh ibu bapanya, membayarkan hutang mereka atau apa sahaja tindakan seumpama itu yang mampu dilakukan.

- Fatwa Imam Nawawi dalam Majalah al-Ustaz no 6.


0 comments