{Seperti
diceritakan oleh Haji Kamarolzaman Rashid, 56, kepada wartawan Mastika, Kairul
Anwar Yusop.}
MENGURUSKAN
jemaah haji sebenarnya memerlukan kesabaran. Apa lagi pelbagai jenis orang
perlu dilayan. Kalau orang biasa, fiilnya ada juga yang ‘luar biasa’. Apa lagi
VIP yang berpangkat Datuk. Semuanya ada cerita masing-masing untuk iktibar
kepada kita semua. Biar saya ceritakan kisah orang biasa dulu. Jemaah ini pergi
bersama isterinya mengikut rombongan umrah saya pada 2010. Usia mereka
masing-masing sudah melebihi 70-an. Sebagai orang paling tua dalam rombongan
itu, budi pekertinya mulia dan penuh dengan sifat sabar. Tutur katanya sangat
sopan dan lembut. Memang saya terpesona dibuatnya.
Ketika di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lagi, bila saya ada masalah,
jemaah ini sudi membantu. Walaupun usianya sudah lanjut tapi dia masih
bersemangat dan kuat. Begitulah Pakcik Zali yang saya kenal. “Sabar ustaz. Ni
semua dugaan. Kena banyak sabar,” nasihat Pak cik Zali setelah melihat saya penat
melayan pelbagai kerenah jemaah umrah. Ketika itu, kami masih di KLIA sebelum
bertolak ke Jeddah.
“Tak apalah pak
cik. Ini memang dah kerja saya,” jawab saya tersenyum. Tapi, ketika kami sampai
di Madinah, perwatakan Pak cik Zali seratus peratus berubah. Jemaah ini yang
dulunya berperwatakan lembut dan sabar, tiba-tiba bertukar garang. Saya sendiri
terkejut dengan perubahan mendadak begitu. "Aku nak tidur dengan bini
aku," tengkingnya yang tidak berpuas hati setelah Pak cik Zali diasingkan dengan
isterinya. Dia ditempatkan sebilik dengan dua jemaah lelaki lain. “Pak cik, kat
sini memang tak boleh tidur dengan bini. Kita dah bahagikan bilik. Kita
asingkan lelaki dan perempuan,” saya cuba terangkan padanya. Tak kira. Aku nak
tidur dengan bini aku,” tengking Pak cik Zali. Penjelasan saya tadi langsung
tak diendahkannya. Selepas puas bertekak dan beliau tidak mahu mengalah,
akhirnya saya terpaksa akur. Takut juga kalau terjadi perkara lebih buruk.
Untuk puaskan hati Pak cik Zali, sambil dibantu beberapa rakan, kami mengangkat
katil kemudiannya letak di bahagian luar depan pintu bilik isterinya. Jadi
semasa di Madinah, di situlah tempat tidur Pak cik Zali sampailah rombongan
kami bertolak ke Mekah.
Nasib baiklah
semasa di Mekah, Pak cik Zali tak minta macam dulu. Kalau tidak naya saya
dibuatnya. Pak cik Zali setuju tinggal sebilik dengan jemaah lelaki lain. Tapi,
perangai Pak cik Zali masih tak berubah. Dia suka tengking-tengking dan marah.
Mukanya mencuka. Dengan saya lagilah Pak cik Zali tak puas hati. Saya fikir,
mungkin Pak cik Zali masih marah gara-gara kes di Madinah dulu sebab saya tak
ikut kehendaknya tidur dengan isteri.
Hari pertama di
Mekah, petangnya saya dapat tahu Pak cik Zali buat perangai lagi. Dia
marah-marah. Beberapa jemaah beritahu, Pak cik Zali sedang mengamuk di bilik
hotel. Sekali lagi saya tepuk dahi. Sudah! Apa pula halnya orang tua ini? Tak
habis-habis nak mengamuk. Saya cuba tanya jemaah lain kenapa dia jadi begitu?
Tapi mereka sendiri tak tahu. Apa yang mereka dengar Pak cik Zali nak belasah
saya, kalau berjumpa nanti. Masya-Allah. Kenapa pula nak belasah saya? Apa dosa
saya? Tidak lama selepas itu, saya dapat panggiIan telefon dari Pak cik Zali.
“Engkau ni bagi bilik teruk. Aku jumpa engkau siaplah! Aku belasah engkau,”
orang tua itu tengking saya dalam telefon. Dari suara Pak cik Zali dia memang
betul-betul marah. Saya yang tidak tahu apa punca sebenarnya, lantas terus
bergegas ke biliknya. Sampai di bilik saya lihat mukanya mencuka. Dia memang
betul-betuI marah! Lalu saya tanya kenapa jadi begitu? Apa salah saya? “Engkau
bagi bilik teruk. Bilik air tu, air dia, air tahi. Aku mandi tadi habis badan
aku kena tahi!” tengking Pak cik Zali. Suaranya tegas. Sambil itu dia
mencium-cium badannya. Mendengar ceritanya saya terkejut bercampur pelik. Mana
mungkin air paip hotel ini bercampur tahi. Saya minta Pak cik Zali terangkan
lebih lanjut kedudukan perkara sebenar sebab saya masih keliru. Lalu dengan
suara marah-marah dia bercerita. Selepas diberi bilik, Pak cik Zali lalu masuk
ke bilik air untuk mandi. Semasa sedang mandi, tiba-tiba dia terbau najis yang
amat kuat. Lalu dia mencari dari manakah bau najis itu datang. Rupa-rupanya
najis itu datangnya dari air paip yang beliau sedang guna. Najis itu keluar
melalui shower dan terus ke badannya. “Banyak pula tu. Habis badan aku penuh
tahi. Busuk!” adu Pakcik Zali dalam nada marah. Orang tua itu langsung tak
pandang muka saya, sehinggalah dia merebahkan badannya, berbaring di katiI.
Memikirkan dia
seorang tua, lalu saya hampiri Pak cik Zali. Saya peluk dan cium dia.
Masalahnya tiada pun bau najis di badannya. Sambil itu saya minta maaf. Tapi,
Pak cik Zali diam membisu tanpa sebarang respons. Saya tanya pula dua orang
rakan sebilik Pak cik Zali. Adakah mereka juga alami kejadian yang sama.Tapi, semuanya
menggeleng-gelengkan kepala. Tak ada pula mereka mandi air tahi. Pelik, kenapa
kejadian ini terjadi pada Pak cik Zali seorang? Malah, kata rakan sebiliknya,
ketika Pak cik Zali keluar bilik air dan mengadu yang badannya penuh tahi, tak
pula mereka nampak najis. Hanya Pak cik Zali seorang yang rasa begitu. Apabila
mendengar ceritanya, saya yakin apa yang berlaku ini mungkin ‘bahagian’ untuk
Pak cik Zali. Bukan sebab masalah air di hotel itu. Saya ingatkan kejadian
malang habis di situ saja. Rupanya tidak. Malang terus bertimpa. Esoknya saya
dapat tahu, Pak cik Zali sesat pula bersama isterinya. Puas kami cari tapi tak
jumpa. Hanya dua hari kemudian barulah kami jumpa mereka. Pakaian mereka habis
kotor dan dalam keadaan lemah. Yang sedihnya, kaki Pak cik Zak habis bengkak,
telapak kakinya pecah dan melecet teruk sebab berjalan iauh.
Bila melihat
keadaannya, timbul pula rasa kasihan. Sudahlah tua, diuji sedemikian rupa pula.
Oleh sebab kasihan, saya dekati Pak cik Zali. Saya beritahunya, bukan hendak mengajar
tapi daripada apa yang berlaku dan pengalaman saya uruskan jemaah sebelum ini,
saya yakin Pak cik Zak ada buat silap. Jadi saya minta beliau bertaubat. Pak
cik Zali akur. Telahan saya itu tepat. Semasa berbual dengan isterinya, saya
diberitahu di Malaysia, suaminya itu mengusahakan kedai runcit. Kata si isteri,
suaminya itu tak berapa telus dengan pelanggang ketika berniaga. Apa yang
suaminya buat tak pula saya tanya. Cerita si isteri lagi, suaminya juga seorang
yang kedekut. Hal duit memang berkira sampai liat nak bersedekah. Bila dengar
begitu, saya yakin mungkin semua perkara yang menimpa Pak cik Zali di Mekah ada
kaitan dengan apa yang telah diceritakan isterinya.
Bilik Datuk Diserang Lipas
KISAH yang
menimpa Pak cik Zak tadi mengingatkan saya pada sebuah keluarga orang kaya. la
berlaku ketika umrah tahun lalu. Si suami berpangkat Datuk dan isterinya
bergelar Datin. Usia mereka berdua awal 60-an. Dua orang anak mereka yang masih
remaja juga turut serta. Ketika di airport lagi, Datuk ini sudah buat perangai.
Hendak terlampau cerewet. Macam-macam perkara minta. Nak fotostat itu, nak
fotostat ini. Sampai salinan senarai nama jemaah yang pergi dan senarai nama
hotel juga beliau minta. Kalau diikutkan, benda begitu beliau tak perlu ambil
tahu. Semuanya kami yang uruskan. Bercakap pula langsung tak reti guna bahasa
Melayu. Semuanya speaking. Dari segi sikap pula, mereka tak mesra dengan
jemaah lain dan lebih suka buat hal sendiri. Sebab nak jaga hati, kami terpaksa
layan semua permintaannya. Waktu itu, saya mula perasan ada antara jemaah mula
tak suka dengan fiil Datuk ini yang mengada-ngada. Ada jemaah yang mula
menjauhkan diri. Sampai di Madinah seperti biasa jemaah mendapat bilik.
Keluarga Datuk ini pula tinggal sebilik, khas untuk mereka. Maklumlah orang
kaya. Tidak lama selepas dapat bilik, Datuk ini datang mengadu pada saya.
Katanya nak tukar bilik. Bila saya tanya kenapa, Datuk ni beritahu biliknya
banyak sangat Iipas. “Semua tempat ada lipas,” adunya marah-marah. Tapi, bila
saya periksa, seekor lipas pun saya tak jumpa. Jadi permintaan Datuk tersebut
nak tukar bilik tak dapat saya layan. Bila saya tak ikut kehendaknya, Datuk ini
mula marah-marah dan tak puas hati dengan tugas saya. “Kalau tak boleh, biar
aku buat sendiri,” jawab Datuk itu meninggikan suaranya. Ingatkan dia sekadar
cakap saja, rupanya memang betul dia berjumpa dengan pihak pengurusan hotel
untuk tukar biliknya. Selepas dapat bilik baru mereka sekeluarga berpindah ke
bilik tersebut.
Dipendekkan
cerita, esoknya sedang saya berjalan di hadapan bilik Datuk tersebut, saya
terserempak mereka sekeluarga sedang mengusung beg. “Eh, nak ke mana ni,
Datuk?” soal saya. “Tukar bilik, haji. Bilik tu pun banyak sangat lipas. Tak
boleh nak duduk. Apa punya hotel engkau bawa ni?” adu Datuk tersebut masih tak
puas hati dengan apa yang menimpanya sekeluarga. Bila mendengar aduan Datuk itu
saya agak pelik juga. Sekali lagi saya periksa bilik mereka. Saya selak
celah-celah almari, bawah katil semua saya lihat. Tapi, seekor lipas pun saya
tak jumpa. Lagipun bukan sekali dua saya bawa jemaah ke hotel ini. Sudah
berpuluh kali dan beribu-ribu jemaah menginap di sini. Inilah kali pertama
jemaah mengadu hal sebegini pada saya. Untuk pastikannya, saya bertanya pada
jemaah bilik bersebelahan. Adakah mereka juga hadapi masalah sama, diganggu
lipas? Tapi, jemaah lain beritahu, bilik mereka semuanya okey. Tak ada masalah
lipas. Seekor pun mereka tak jumpa. Saya mula terfikir, kenapa bilik Datuk
sekeluarga sahaja diserang Iipas? Apa puncanya? Tapi segala perkara buruk-buruk
saya buang jauh-jauh.
Esoknya ketika
sedang makan, sekali lagi saya dapat tahu Datuk tersebut berpindah biIik. Bila
ditanya apa puncanya, masalah yang sama, banyak sangat lipas. Lebih banyak dari
bilik yang saya beri sebelumnya. Apabila sudah tiga kali bertukar bilik sebab
punca yang sama saya pasti semua ini bahagian untuk Datuk tersebut. Sebabnya
bilik jemaah lain tidak pula mengalami sebarang masalah. Tapi, apa Datuk itu
lakukan saya tidak tahu. Malas saya hendak menyiasat, buang masa saja. Nasib
baiklah pada hari ketiga, kami semua berangkat ke Mekah. Jika tidak setiap
malamlah bilik Datuk itu diserang lipas. Alhamdulillah, ketika di Mekah, tiada
lagi perkara pelik menimpa Datuk tersebut. Sebab itulah setiap kali dalam
kursus umrah atau haji, saya selalu ingatkan sebelum ke Mekah, jika ada buat
salah pada manusia minta maaf dulu. Jika pada Allah, bertaubatlah. Begitu juga
jangan aniaya binatang. Bersihkan diri kita, sesuci mungkin sebelum datang ke
Tanah Suci. Nawaitu hendak ke Mekah biarlah betul. Jangan terpesong atau hendak
menunjuk-nunjuk. Semasa berada di sana, jagalah perlakuan, percakapan atau adap
sopan. Mudah-mudahan apa yang berlaku kita dapat terima dengan redha. Anggap
apa jua kejadian itu sebagai ketentuan Allah yang mempunyai hikmah di sebaliknya.
è Mastika. Mei 2012.
0 comments