Lapor Diri Di Lapangan Terbang Atau Kompleks Tabung Haji


URUSAN: Melaporkan Diri, Check-In dan Taklimat Akhir.

1. Jemaah haji yang melaporkan diri selain dari Kompleks Tabung Haji hendaklah melaporkan diri mengikut waktu yang ditentukan.

2. Jemaah haji dari kawasan yang jauh dan tiba awal di Kompleks Tabung Haji melebihi 6 jam daripada waktu melapor diri boleh memohon menginap di asrama (jika ada kekosongan).

3. Menunggu/berehat di tempat yang disediakan sebelum urusan Check-in diumumkan. Keluarga masih boleh bertemu.

4. Pastikan barang tajam, barangan logam, serta sel, aerosol atau cecair yang melebihi 100m1./gram yang diletakkan dalam bagasi besar untuk check-in, bukan di dalam beg tangan.

5. Terima barang hadiah (jika ada).

6. Terima stiker perumahan Madinah atau Makkah.

7. Membawa semua bagasi dan beratur di tempat bermulanya urusan check-in apabila diumumkan.

8. Menerima Pasport dan pas menaiki pesawat (Boarding Pass).

9. Masukkan semua bagasi besar ke mesin X-ray.

10. Serah bagasi untuk ditimbang dan ambil keratan terimaan bagasi. la amat berguna untuk tuntutan jika barang-barang hilang.

11. Semasa pemeriksaan badan, jika di dalam beg tangan masih ada barang tajam yang membahayakan atau cecair yang melebihi had, ia akan di ambil oleh Pegawai Keselamatan Lapangan Terbang.

12. Masuk ke Dewan Berlepas. Tulis nama di beg sandang masing-masing dan lekatkan sekeping gambar (jika belum) kerana dikhuatiri bertukar sesama jemaah.

13. Mendengar taklimat akhir. Jemaah perlu ambil perhatian mungkin ada maklumat terkini yang penting.

14. Mereka yang melapor diri di Kompleks TH akan dibawa ke Lapangan Terbang dengan menaiki bas.

PERINGATAN
i. Memakai pakaian ihram bagi bakal haji yang terus ke Makkah. Ihram hendaklah dipakai sebelum melapor diri.
ii. Pasport Haji dan Buku Rekod Rawatan hendaklah di simpan dalam beg sandang TH.
iii. Kad pengenalan dan lesen memandu tidak perlu dibawa.

15. Menaiki pesawat mengikut warna boarding pass dan nombor tempat duduk.

16. Beg kecil (sandang) sentiasa digalas sepanjang perjalanan. 

0 comments