TH Buat Laporan Polis Ke Atas Rafizi


KUALA LUMPUR | Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan tuduhan agensi itu memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

Sehubungan itu, TH telah membuat laporan polis ke atas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang menyebarkan dakwaan tidak berasas tersebut di media sosial.

“TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan (Rafizi) berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen-dokumen yang telah disebarkan oleh beliau.

“Langkah ini diambil oleh TH bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah institusi Islam di Malaysia.

“TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin,” kata TH dalam satu kenyataan media hari ini.
Rafizi yang dikenali ramai sebagai pakar propaganda pembangkang sebelum ini mendakwa TH memberi jaminan korporat kepada THHE.

Beliau turut melampirkan salinan sepucuk surat kononnya daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu berjumlah sehingga AS$228.2 juta.

Beliau mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan. 

Sumber: Mynewshub

0 comments