Resah, Risau, Bimbang, Stres



Musim haji hampir tiba, stress makin memanas. Stres timbul kerana ada perasaan risau dan bimbang kita terhadap perkara yang akan datang. Risau bagaimana keadaan kita nanti di Mekah, bimbang kesihatan di sana akan menyusahkan rakan jemaah, risau anak ditinggalkan di Malaysia dan bermacam-macam lagi.

Ada penyelidikan mengenai risau dan bimbang ini.
  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun.
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun.
  • 12% orang risau tentang kesihatan.
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil.
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun.
  • 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!
 Yang mana satu kita tergolong?

Dalam al-Quran menyebut:

إِنَّ الإنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (١٩) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (٢٠) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (٢١)
[سورة المعارج: 19-21]

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). (19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. (20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. (21)
Jadi resah gelisah, bimbang, risau adalah sifat semulajadi manusia. Yang penting hendaklah kita mengawalnya agar tidak terlalu melampau sehingga merosakkan diri sendiri.
Usahlah risau dan bimbang sangat. Selalulah banyakkan zikir dan berdoa kepada Allah. Insya Allah segalanya akan selamat.

Rujukan:
Irfan Khairi. Nota Jutawan Nota Motivasi. 2008. Telaga Biru Sdn bhd: Kuala Lumpur.

0 comments