Menjauhi Perkara Khurafat dan Bida’ah Dholalah


Di bawah adalah sebahagian himpunan amalan khurafat dan bida’ah yang menyesatkan yang seringkali dilakukan oleh para jemaah di Tanah Suci.

BIL
PERKARA
TUJUAN
1
Mengambil kain kelambu Kaabah.
Sebagai pelaris jualan. Perkara ini haram dilakukan kerana sudah dikira mencuri kerana mereka menggunting kain kelambu Kaabah tanpa kebenaran.
2
Kain putih sebagai alas.
Dibawa balik untuk dijadikan kain kapan kononnya meringankan siksa kubur. Sesungguhnya amal soleh sahaja dapat menolong seseorang di dalam kubur.
3
Kerak nasi di Mina.
Sebagai pelaris dalam perniagaan. Juga termasuk perkara yang tiada faedah.
4
Peluk tiang jin di Masjidil Haram.
Khasiatnya panjang umur dan jadi kaya. Perkara ini syirik kerana memohon sesuatu selain daripada Allah.
5
Bergantung di kelambu Kaabah.
Memohon hajat di Kaabah bukannya dari Allah. Tempat memohon hajat paling mustajab ialah di Multazam bukan bergantung di kelambu Kaabah.
6
Meletakkan duit di bawah kelambu Kaabah.
Diletak sebelum tawaf kemudian selepas tawaf diambil balik dengan tujuan sebagai ibu duit.
7
Tulis kalimah syahadat atas kertas. Lailahaillallah pada keluarga dan Muhammadarrasullullah dibawa ke Tanah Suci.
Kononnya tidak akan meninggal di Tanah Suci. Sepatutnya orang lebih suka meninggal di tempat barakah ini tidak mahu pula.
8
Memakai tangkal dan azimat.
 Konon dapat menjauhi bala dan selamat perjalanan. Diantara adab musafir ialah banyakkan berdoa dan berzikir, itulah sebaiknya.
9
Mengupah bomoh untuk menolak bala di rumah.
Percaya bomoh untuk memulakan perjalan dengan membawa air 7 telaga untuk dibawa tawaf supaya jadi ubat.
10
Sijil.
Mendapatkan sijil daripada Syeikh di Mekah yang mengesahkan hajinya dan menukar nama. Sudah lari dari tujuan asal. Ada juga yang belum pergi haji lagi dah memakai gelaran haji di depan namanya. Gila pangkat.

Sumber:
CD Kursus Ibadat Haji. Lembaga Tabung Haji Malaysia.

0 comments