Kembara Haji Dengan Bas



KUALA LUMPUR – Sebelum ini ada pihak menggunakan motosikal berkuasa tinggi untuk ke Mekah menerusi program Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010. Kini kira-kira 100 peserta pula akan menggunakan bas untuk ke tanah suci bagi mengerjakan haji.

Menerusi program Kembara Haji - Jalan Ke Mekah 2010 (KHj 2010) anjuran Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., para peserta itu bakal memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan.

Perjalanan lebih 10,000 kilometer itu dijangka memakan masa selama 60 hari. Ia akan merentasi lapan negara iaitu Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Kuwait dan seterusnya Arab Saudi.

Sumber:
Kosmo, Rabu - 9 Jun 2010.

0 comments