Soalan 1



S: Apa maksud waktu tahrim?

J: Waktu tahrim ialah waktu yang diharamkan solat sunat mutlak. Waktu tersebut ialah:

1. Selepas Subuh hingga masuk waktu Dhuha.
2. Ketika matahari tegak di atas kepala sebelum masuk waktu Zohor (kecuali hari Jumaat).
3. Selepas Asar hingga masuk waktu Maghrib.


Waktu tahrim tersebut kita hanya boleh mengerjakan solat sunat yang bersebab seperti Sunat Tahiyatul Masjid, Jenazah dan Gerhana Matahari. Akan tetapi di Masjidil Haram tiada waktu tahrim semua waktu boleh solat sunat. Di Masjid Nabawi seperti masjid-masjid lain ada waktu tahrim. Oleh itu para jemaah yang berada di Masjid Nabawi hendaklah membanyakkan zikir, baca Quran. Jangan kerana waktu tahrim pergi bershopping sakan pulak. Jangan lepaskan peluang beribadat di Masjid Nabawi.

Hadith SAW:

لا صَلاَةَ بَعْدَ الصُّبح حتى تَرْتَفِعَ الشَّمْسُ ولا صَلاَةَ بعد العصر حتى تَغْرُبَ الشَّمْسُ.
[رواه البخاري ومسلم]
Ertinya: Tiada solat sesudah Subuh sehingga tinggi matahari dan tiada solat sesudah Asar sehingga terbenam matahari.

0 comments