Atucara Pakej Umrah Pertengahan Ramadan



Atucara Pakej Umrah Pertengahan Ramadan

Hari 1 (SELASA) : 17 OGOS 2010 [KL - JED - MADINAH]

Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk bertolak ke Jeddah jam 3.10 petang. Dijangka tiba di Jeddah pada jam 7.25 petang (waktu Saudi). Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Madinah menaiki bas. Tiba di Madinah pendaftaran masuk hotel.

Hari 2 (RABU) : 18 OGOS 2010 [MADINAH]

Sekitar jam 8.00 pagi, jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah SAW, Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram), Masjid Tujuh, Ladang Kurma dan  Pasar Kurma untuk membeli belah. Pulang ke hotel untuk berehat.

Hari 3 (KHAMIS) : 19 OGOS 2010 [MADINAH]

Aktiviti bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat seperti menziarahi Maqam Rasululullah SAW, berzikir, solat sunat, mengaji al-Quran dan sebagainya.

Hari 4 (JUMAAT) : 20 OGOS 2010 [MADINAH - MEKAH]    

Selepas solat berjemaah Zohor dan Ziarah Wada’, jemaah bersiap sedia untuk bertolak ke Mekah. Tiba di Mekah, pendaftaran masuk hotel, jemaah akan dipimpin oleh Mutawwif Muhammadiyah untuk mengerjakan umrah.

Hari 5 (SABTU) : 21 OGOS 2010 [MEKAH]

Aktiviti bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat seperti umrah, tawaf sunat, solat sunat, mengaji al-Quran, berdoa di tempat mustajab doa dan sebagainya.

Hari 6 (AHAD) : 22 OGOS 2010 [ZIARAH MAKKAH]                               

Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah akan dibawa menziarah ke Padang Arafah, Muzdalifah, dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah dan Ja’ranah.

Hari 7 - 10 (ISNIN HINGGA KHAMIS) : 23 - 26 OGOS 2010 [MAKKAH]

Aktiviti bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat seperti umrah, tawaf sunat, solat sunat, mengaji al-Quran, berdoa di tempat mustajab doa dan sebagainya.

Hari 11 & 12 (JUMAAT SABTU) : 27 - 28 OGOS 2010 [MEKAH - JED - KL]   

Selepas sarapan dan Tawaf Wada’ jemaah bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah. Penerbangan dari Jeddah jam 9.15 malam dan dijangka tiba di KLIA jam 11.00 pagi pada 28hb Ogos 2010.

J Untuk perhatian jemaah MTT daripada Terengganu

MUHAMMADIYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD,
CAWANGAN TERENGGANU,
TINGKAT 1, LOT 1798, KUALA IBAI,
JALAN SULTAN MAHMUD,
20400 KUALA TERENGGANU.
TEL: 09-6173336
FAKS: 09-6175336
 EMAIL: muhammadiyahtrg@gmail.com

0 comments