Atucara Pakej Umrah Syawal


Atucara Pakej Umrah Syawal

Hari 1 : 7 SEPT 2010 - SELASA [KL - JED - MADINAH]

Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk bertolak ke Jeddah jam 3.10 petang. Dijangka tiba di Jeddah pada jam 7.25 petang (waktu Saudi). Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Madinah menaiki bas. Tiba di Madinah pendaftaran masuk hotel.

Hari 2 : 8 SEPT 2010 - RABU [MADINAH]

Dijangka tiba di Madinah jam 5.00 pagi. Selesai urusan pendaftaran hotel dan Solat Subuh di Masjid Nabawi dan Ziarah Makam Rasulullah SAW. Aktiviti bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat, berzikir, solat sunat di Rawdhah, mengaji al-Quran dan sebagainya. Malamnya bersolat Terawih selesai jam 10.00 malam. Kemudian Solat Tahjud berjemaah bermula jam 3 pagi sampai Imsak.

Hari 3 : 9 SEPT 2010 - KHAMIS [MADINAH]

Sekitar jam 8.00 pagi, jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah SAW, Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram), Masjid Tujuh, Ladang Kurma dan  Pasar Kurma untuk membeli belah. Pulang ke hotel untuk berehat.

Hari 4 : 10 SEPT 2010 - JUMAAT [MADINAH - MEKAH]    

Selepas Solat Aidil Fitri, Solat Jumaat dan Ziarah Wada’, bersiap sedia untuk bertolak ke Mekah. Berhenti Miqat di Zulhulaifah. Tiba di Mekah, pendaftaran masuk hotel, jemaah akan di pimpinoleh Mutawif Muhammadiyah untuk mengerjakan umrah.

Hari 5 : 11 SEPT 2010 - SABTU [MEKAH]

Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah akan dibawa menziarah ke Padang Arafah, Muzdalifah, dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah dan Ja’ranah.

Hari 6 : 12 SEPT 2010 - AHAD [ZIARAH MEKAH]                               

Aktiviti bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat seperti umrah, tawaf sunat, solat sunat, mengaji al-Quran, berdoa di tempat mustajab doa dan sebagainya.

Hari 7 : 13 SEPT 2010 - ISNIN [ZIARAH HUDAIBIYAH]

Selepas sarapan pagi, Jemaah akan dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah di Hudaibiyah seperti Ladang Unta dan Muzium Haramain.

Hari 8 - 11 : 14 - 17 SEP 2010 - SELASA HINGGA JUMAAT [MEKAH]         
        
Aktiviti bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat seperti umrah, tawaf sunat, solat sunat, mengaji al-Quran, berdoa di tempat mustajab doa dan sebagainya.

Hari 12 : 18 SEP 2010 - SABTU [MEKAH - JEDDAH]

Selepas Solat Isyak dan Tawaf Wada’, jemaah dikehendaki bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah, sekitar jam 10.00 malam.

Hari 13 & 14 : 19 - 20 SEPT 2010 - ISNIN SELASA [MEKAH - JED - AUH - KL]

Selesai urusan imigresen, jemaah akan menaiki penerbangan Etihad ke Abu Dhabi jam 5.05 pagi. Jemaah akan tiba di Abu Dhabi jam 8.45 pagi dan akan diberi hotel penginapan. Seterusnya meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 2.45 pagi pada 20 Sept dan dijangka tiba di KLIA  pada 20 Sept 2010 jam 2.00 petang.

J Untuk perhatian jemaah MTT daripada Terengganu

MUHAMMADIYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD,
CAWANGAN TERENGGANU,
TINGKAT 1, LOT 1798, KUALA IBAI,
JALAN SULTAN MAHMUD,
20400 KUALA TERENGGANU.
TEL: 09-6173336
FAKS: 09-6175336
EMAIL: muhammadiyahtrg@gmail.com

0 comments