SYARAT TAWAF
1
|
Suci dari hadas besar dan kecil serta dalam
keadaan berwuduk.
|
2
|
Suci pada badan, pakaian dan tempat tawaf
dari najis.
|
3
|
Menutup aurat.
|
4
|
Bermula dan berakhir dari sudut Hajarul Aswad
dan berniat Tawaf Ifadah / Qudum / Wada’ / Sunat / Nazar.
|
5
|
Menjadi Baitullah di sebelah kiri dan
berjalan ke hadapan.
|
6
|
Berjalan bertujuan bertawaf semata-mata dan
bukan bertujuan lain.
|
7
|
Cukup 7 pusingan dengan yakin.
|
8
|
Di lakukan di dalam Masjidil Haram dan di
luar Hijr Ismail dan Syazarwan.
|
SUNAT TAWAF
1
|
Berjalan kaki.
|
2
|
Beridtiba’ semasa berihram bagi tawaf yang
diiringi dengan Sa’ie (bagi lelaki).
|
3
|
Melakukan ramal (berlari-lari anak) bagi
Tawaf yang diiringi dengan Sa’ie pada 3 pusingan pertama (lelaki sahaja).
|
4
|
Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya.
Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.
|
5
|
Membaca zikir dan doa.
|
6
|
Berturut-turut tujuh kali pusingan.
|
7
|
Tawaf dengan khusyuk dan tawaduk.
|
8
|
Solat Sunat Tawaf.
|