1. Apabila sampai di tempat tawaf yakni di
depan Ka’bah hendaklah berhenti talbiah dan betulkan pakaian ihram anda kepada
bentuk idtiba’ - إضطباع (bagi lelaki sahaja) atau anda sudah siapkan
dari awal.
2. Hadaplah bahu kiri ke arah Ka’bah dan
berniat seraya mengangkat tangan dan mengucapkan:
بِسْمِ اللهِ، اَللهُ أَكْبَرْ
|
3.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
اَللَّهُمَّ إِنِّي
أُرِيْدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْعُمْرَةِ
لِلَّهِ تَعَالَى
|
Ertinya:
Ya Allah, aku nak tawaf Ka’bah 7 pusingan Tawaf Umrah kerana Allah Taala.
|
4.
Bebas membaca apa-apa doa ketika tawaf atau membaca al-Quran seperti surah
al-Ikhlas. Dan sunat membaca doa ini ketika melalui Rukun Yamani iaitu:
رَبَّناَ
آتِنَا فِي الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ
النَّارِ
|
Ertinya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat dan
selamatkan kami dari azab neraka.
|
5.
Selesai tawaf 7 pusingan maka hendaklah pergi ke Maqam Ibrahim dan membaca:
وَاتَّخِذُوا مِنْ
مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
|
Ertinya:
Dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat solat.
[Surah
al-Baqarah: 125]
|
Makam
disini bukan bermaksud kubur tapi bermaksud tempat berdiri iaitu batu-batu yang
menjadi alas kaki Nabi Ibrahim ketika membina Ka’bah.
6.
Betulkan pakaian ihram anda kepada pakaian penuh dan solatlah Sunat Tawaf di
situ jika tidak boleh kerana sesak maka pilih mana-mana tempat yang mudah untuk
kita kerjakan Solat Sunat Tawaf. Sunat membaca Surah al-Kafirun pada rakaat
pertama dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua. Maka selesailah tawaf umrah
anda.
7.
Selepas itu disunatkan minum air zam-zam yang berada di merata tempat dalam
masjid.