Bakal Haji Malaysia Perlu Kekal Imej Baik: Abdullah




BESUT: Bakal haji Malaysia perlu memastikan rekod sebagai jemaah paling baik dikekalkan supaya imej dan nama baik negara tidak tercalar, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Beliau berkata, sejak dahulu lagi jemaah haji Malaysia amat dihormati dan disanjungi tinggi oleh kerajaan Arab Saudi kerana bukan sahaja berdisplin tetapi juga jarang melanggar peraturan sepanjang berada di negara itu.

“Kita mesti menjaga tingkah laku supaya tidak dilabelkan sebagai kumpulan bermasalah seperti sesetengah jemaah haji dari negara lain yang sering dipantau dan diletakkan di bawah pemerhatian oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya semasa mengadakan perjumpaan dengan 240 bakal haji dari daerah Besut di sini hari ini. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian. Isnin. 4/10/2010.

0 comments