Pesawat Haji





Penerbangan Malaysia (MAS) akan menyediakan sebuah pesawat B747-400 yang diubah suai bagi membolehkan lebih ramai jemaah haji dibawa ke tanah suci sepanjang musim haji ini.

Naib Presiden Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, pengubahsuaian yang melibatkan RM8 juta itu siap pada hujung bulan lalu.

Ia membabitkan pertambahan tempat duduk dari 359 kepada 454. “MAS juga akan menggunakan dua lagi pesawat lain untuk membawa jemaah haji ke tanah suci iaitu B747-400 (359 tempat duduk) dan B777-200 (282 tempat duduk),” katanya selepas memperkenalkan sebuah pesawat khas haji di Sepang, semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Datuk Azmil Zahruddin dan Penge rusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) Tan Sri Abi Musa.

Sumber: Utusan Malaysia. Rabu. 6/10/2010.

0 comments