Doa Nabi Nuh ASW Dalam Quran





1. Doa ini diucapkan Nabi Nuh setelah ditegur oleh Allah kerana baginda meminta keluarganya selamat dari bala banjir besar.

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٤٧) سورة هود

Ertinya: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.

2. Doa Nabi Nuh setelah dikatakan gila kerana mendakwa sebagai utusan Allah.

رَبِّ انْصُرْنِي بِمَا كَذَّبُونِ (٢٦) سورة المؤمنون

Ertinya: Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku.

3. Doa ini diucapkan Nabi Nuh bersama kaumnya yang selamat di atas kapal.

رَّبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلاً مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ (٢٩) سورة المؤمنون

Ertinya: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.

4. Doa ini diucapkan Nabi Nuh kerana kejahatan kaumnya yang sesat dan tidak mahu beriman.

رَبِّ لا تَذَرْ عَلَى الأرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا (٢٦) إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلا يَلِدُوا إِلا فَاجِرًا كَفَّارًا (٢٧) رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلا تَبَارًا (٢٨) سورة نوح

Ertinya: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! ۝ Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar. ۝ Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan! ۝

0 comments