100 Cara Untuk Bangun Qiamullail (5)



41. Memerangi hawa nafsu kerana nafsu tidak menyukai bangun malam.

42. Berzikir ketika terbangun atau bangun dari tidur.

43. Bangun malam adalah salah satu sebab mendapat keringanan ketika perhimpunan di Padang Mahsyar.

44. Rasulullah SAW sendiri menggerakkan para sahabat r.a untuk bangun malam.

45. Membaca kisah kesedihan dan tangisan para salafussoleh bila tidak bangun malam.

46. Bangun malam adalah salah satu sebab terhapusnya dosa-dosa.

47. Mencari makanan yang halal.

48. Saling nasihat-menasihati antara kita agar bangun malam.

49. Para salafussoleh mewasiatkan diantara mereka untuk bangun malam.

50. Bangun malam adalah kemulia’an yang sebenar bagi seorang muslim.

0 comments