Pusaran Energi Kaabah


Di sebalik keikhlasan himpunan manusia yang mengelilinginya, terselindung energi keimanan yang dahsyat.

لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦)

Ertinya: Tidak ada paksaan dalam agama Islam. Sesungguhnya sudah nyata kebenaran Islam daripada kesesatan. Oleh itu, siapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia sudah berpegang pada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Ingat, Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.
(Surah al-Baqarah, ayat 256)

Apakah yang terselindung di sebalik pusaran energi Kaabah, sehingga dapat meningkatkan kualiti iman?
Apakah keistimewaan yang terdapat pada Kaabah?
Mengapa berdoa di sekitar Multazam itu lebih mustajab?
Bagaimanakah cara mendapat pahala solat yang berlipat ganda?

جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلائِدَ ذَلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (٩٧)

Ertinya: Allah menjadikan Kaabah rumah mulia itu sebagai tempat tumpuan manusia, bulan-bulan yang mulia, binatang korban dan kalung binatang korban itu. Demikian itu, supaya kamu ketahui sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala perkara.
(Surah al-Maidah, ayat 97)

Kehebatan Kaabah jelas terpancar sehingga menjadikannya sebagai pusat tumpuan umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Keagungannya pula terpamer sebagai pusat pergerakan solat bagi jutaan umat manusia. Kiblat yang satu ini menghasilkan gelombang pusaran energi yang misteri dan dahsyat sehingga membawa getaran-getaran doa para muslimin menuju ke Arasy Allah.

Pusaran Energi Kaabah turut membongkar rahsia Kaabah sebagai terapi iman yang holistik menurut Quran, hadis dan sains. Buku ini menjawab perihal keistimewaan Kaabah, tatacara ibadah haji serta membuktikan kebesaran Allah. Pada mereka yang mahu menunaikan fardu haji mahupun umrah, buku ini mampu menyuntik semangat dalam menghayati dan merasakan dekatnya diri dengan Kaabah serta aura di sekelilingnya.

Isi Kandungan

1. Kaabah Rumah Suci, Pusat bagi Manusia
2. Pertanyaan seorang Mualaf
3. Tidak Ada Paksaan dalam Beragama
4. Ibrahim Rasul Kesayangan Allah
5. Multazam yang Mustajab
6. Solat Berpahala 100 000 Kali Ganda
7. Panggilan Datang ke Baitullah
8. Zat Allah
9. Allah Lebih Dekat daripada Urat Leher
10. Allah Wujud, Kita Semu
11. Saatnya Menghamba kepada Allah

Penulis: Agus Mustofa
Penerbit: PTS Millenia
Harga: RM 17.50 / RM 19.50


0 comments