Panduan Ziarah Madinah




1
Selepas sampai di Madinah Munawarah (المدينة المنورة) kita hendaklah chek-in dahulu di hotel penginapan. Dengar arahan ketua rombongan. Kebiasaannya amalan ziarah dilakukan secara kumpulan kecil.


2
Hendaklah Solat Tahiyatul Masjid (صلاة تيحة المسجد) terlebih dahulu dan jangan lupa membaca doa masuk masjid. Anda dinasihatkan solat di tempat berhampiran dengan Makam Nabi SAW supaya mudah berziarah nanti. Atau boleh bersolat di kawasan Rawdhah (الروضة). Setelah selesai bolehlah masuk ke kawasan ziarah Makam Nabi SAW melalui dalam, atau boleh keluar dan masuk semula melalui Pintu Babus Salam (باب السلام).

3
Sebelum sampai ke depan Makam Nabi SAW, anda dinasihatkan banyak berdoa dan berselawat. Jaga adab dan terlalu emosi ketika bersesak. Sesetengah waktu keadaan bersesak amat menyesakkan nafas. Oleh itu pilihlah waktu yang sesuai.

4
Setelah sampai di hadapan Makam Nabi SAW hendaklah memberi Salam ke atas Rasulullah SAW. Dan memberi Salam ke atas Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a dan Saidina Umar al-Khattab r.a, dimana kuburnya disebelah kanan Makam Nabi SAW.

5
Anda dinasihatkan berdoa dengan mengadap kiblat. Akan tetapi realiti keadaan amat cepat sehingga tidak sempat mempraktikkan apa yang tertulis dalam buku. Oleh itu sebaiknya kita berdoa di kawasan solat bukan dilaluan Ziarah Makam Nabi SAW. Terlebih aula berdoa di Rawdhah kerana ia adalah tempat mustajab doa.

6
Setelah itu selesailah amalan ziarah makam. Setelah keluar dari pintu masjid, anda boleh pula menziarahi Perkuburan Baqi’. Kalau pintu Baqi’ tidak dibuka cukuplah memberi salam di kawasan pagarnya sahaja.

7
Pada hari kedua atau boleh jadi pada hari pertama sampai kita akan dibawa melawat Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Perkuburan Syuhada’ Uhud dan Ladang Kurma.

8
Jangan terlepas solat berjemaah di Masjid Nabawi.

9
Sepanjang berada di Madinah kita seeloknya memperbanyakkan ziarah. Selain itu amalan beribadah di kawasan Rawdhah amatlah digalakkan.

10
Untuk keselamatan elakkan membawa duit yang banyak ketika ke masjid dan berjalan dalam berkumpulan.

0 comments