Soal Jawab Para Rasul r.a (5)




41. Apa beza Nabi dan Rasul?

Nabi ialah seorang lelaki yang merdeka, baligh diberi wahyu oleh Allah dan tidak diperintahkan menyampai dakwah kepada kaumnya.

Rasul ialah seorang yang merdeka, baligh diberi wahyu oleh Allah dan diperintahkan menyampai dakwah kepada kaumnya.

42. Berapa ramai Nabi dan Rasul wajib kita imani secara umum?

Jumlah para Nabi seramai 124000 orang dan Rasul 313 orang.

43. Berapa ramai Rasul wajib kita imani secara khusus?

25 orang.

44. Siapakah Nabi yang dimaksudkan dalam ayat 7 Surah Maryam [لم نجعل له من قبل سميا] - yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya?

Nabi Yahya bin Nabi Zakaria a.s.

45. Apakah pekerjaan kebanyakkan Nabi?

Pengembala binatang ternakan.

46. Siapakah Nabi yang ayahnya juga seorang Nabi?

Nabi Yusuf bin Yakub a.s, Nabi Ismail bin Ibrahim a.s, Nabi Ishaq bin Ibrahim a.s, Nabi Yahya bin Zakaria a.s dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s.

47. Siapakah 2 orang Nabi mati dibunuh dan namanya disebut dalam al-Quran?

Nabi Yahya a.s dan Zakaria a.s.

48. Siapakah Nabi yang dijumpai Nabi Muhammad SAW dilangit ketujuh?

Nabi Ibrahim a.s dan Musa a.s.

49. Siapakah Nabi yang diutuskan di suatu tempat bernama Sodom?

Nabi Luth a.s.

50. Siapakah Nabi selepas Adam a.s tapi namanya tidak disebut dalam al-Quran?

Nabi Syith a.s.

0 comments