Tingkatkan semangat dan ledakan keghairahan anda ke tanah suci dengan himpunan cerita-cerita motivasi bagi bakal jemaah haji dan umrah
Setiap Muslim sejati pasti memiliki impian menjejakkan kaki ke tanah suci. Namun, perjalanan ke tanah suci tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi di dunia ini. Ia adalah satu perjalanan yang lebih agung, lebih getir dan penuh dengan cabaran. Ia adalah satu pengembaraan rohani yang besar nilainya. Oleh itu, kita perlukan lebih daripada sekadar keinginan bagi melalui pengembaraan itu.
Cerita-cerita Motivasi untuk Ibadah haji dan Umrah menghimpunkan cerita -cerita dan kisah teladan menarik berkaitan ibadah haji dan umrah bagi tatapan bakal jemaah haji dan umrah. Cerita-cerita dan kisah teladan ini digarap sebaik mungkin bagi menimbulkan keghairahan, semangat, motivasi, rasa cinta dan rasa rindu kepada tanah suci di hati bakal-bakal jemaah haji dan umrah. Khazanah cerita- cerita berkaitan tanah suci sejak dahulu sehingga kini dibongkar dan dihidangkan dalam satu kompilasi yang berada di tangan anda ini. Tidak rugi anda memiliki buku ini.
Isi Kandungan
Prakata
1. Kabaah bangunan paling hebat di dunia
2. Kaabah sentiasa dalam pemeliharaan Allah 1
3. Kaabah sentiasa dalam pemeliharaan Allah 2
4. Kaabah sentiasa dalam pemeliharaan Allah 3
5. Kaabah sentiasa dalam pemeliharaan Allah 4
6. Meninggalkan isteri dan anak di padang pasir tandus
7. Mekah tempat sumber air terbaik di dunia (air zamzam)
8. Zamzam, hidangan buat mereka yang beriman
9. Makam Ibrahim mengimbau keimanan dan ketekunan Ibrahim membina Kaabah
10. Makam Ibrahim dan tanda kehebatan Allah
11. Makam Ibrahim yang dipelihara Allah
12. Jabal Nur dan wahyu pertama
13. Masa untuk kerjakan haji sudah tiba!
14. Bertalbiahlah dengan penuh bersemangat
15. Bukit Uhud dan imbauan terhadap pengorbanan sahabat
16. Perang Uhud dan Nusaibah
17. Umar dan Hajarul Aswad
18. Cerita di sebalik mabit di Muzdalifah, melontar jamrah dan korban
19. Imej-imej Nabi Ibrahim dan Ismail a.s. dalam Kaabah
20. Uthman bin Talhah pemegang kunci Kaabah
21. Bukit Uhud, kehebatan hidayah Allah dan anak Abu Jahal
22. Misi perang selepas kerjakan umrah
23. Khutbah Arafah dan jaminan Islam terhadap hak wanita
24. Abdullah bin Umar, musim haji dan mati syahid
25. Masjid Qiblatain masjid dua kiblat
26. Masjid Quba’ masjid pertama dalam sejarah umat Muhammad
27. Tanah perkuburan Baqi’ dan makam Uthman
28. Kelebihan Masjid Nabawi
29. Jenazah Nabi Muhammad sentiasa dalam pemeliharaan Allah 1
30. Jenazah Nabi Muhammad sentiasa dalam pemeliharaan Allah 2
31. Jenazah Nabi Muhammad sentiasa dalam pemeliharaan Allah 3
32. Jenazah Nabi Muhammad sentiasa dalam pemeliharaan Allah 4
33. Jenazah Nabi Muhammad sentiasa dalam pemeliharaan Allah 5
34. Mimpi yang mengubah tabiat noda dan mengislah diri
35. Muzdalifah dan Arafah pada abad ke-12
36. Hari-hari terawal Ibn Batutah di Mekah
37. Tunaikan fardu haji sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
38. Catatan ahli jamaah haji dari Itali pada abad ke-16
39. Jemaah haji Melayu abad ke-17, 18 dan 19
40. Catatan haji seorang saintis Sepanyol pada tahun 1807
41. Raja Ahmad membuat wakaf di tanah haram
42. Pelayaran haji Munsyi Abdullah Bukan sekadar muntah dilambung ombak
43. Lima peratus jemaah haji Melayu pada 1877?
44. Pelayaran haji Sultan Zainal Abidin III pada 1913
45. Muhammad Asad dan pengalaman naik kapal haji
46. David Chale – Dari Kuching ke Mekah
47. Haji mengubah persepsi rasis Malcolm X
48. Pergi haji naik caravan
49. Saida Miller Khalifa di rumah tumpangan Haji Thakafi
50. Selepas tiga tahun peluk Islam Michael Wolfe pergi kerjakan haji
51. Analisis kimia pertama ke atas zamzam
52. Berdoalah kepada Allah
53. Azan bukan sekadar untuk didengari
54. Penggambaran TV realiti di Mekah
55. Mimpi anak tersenyum
56. Jual kereta untuk pergi Mekah
57. Mimpi anak tersenyum
58. Jual kereta untuk pergi Mekah
59. Meronta dalam pelukan pekedai
60. Tolong bawa balik ketam
61. Jumlah yang sama
62. Siapa pemilik Mekah, Allah atau ....?
63. Allah cukupkan perbelanjaan
Penulis: Khair Abd. Salam, Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Millenia
Harga: RM 14.50 / RM 17.50
0 comments