Soal Jawab Sahabat r.a (3)


21. Siapakah Sahabat yang paling tahu Halal Haram?

Muaz bin Jabal r.a [معاذ بن جبل رضي الله عنه].

22. Siapakah digelar ‘Orang Yang Dipercayai’ [أمين الأمة]?

Abu Ubaidah Amir bin Jarrah r.a [أبو عبيدة عامر بن الجراح رضي الله عنه].

23. Siapa Sahabat terawal syahid dari kalangan wanita?

Sumayyah binti Kayyat r.a [سمية بنت خياط] ibu kepada Ammar bin Yasir r.a [عمار بن ياسر].

24. Siapa Sahabat terawal syahid dari kalangan lelaki?

Al-Harith bin Abi Halah r.a [الحارث بن أبي هالة رضي الله عنه]. Beliau ialah anak sedara dan anak angkat Ummul Mukminin Siti Khadijah r.a.

25. Siapakah Sahabat pertama menjadi jururawat dalam Islam?

Rufaidah binti Saad al-Aslamiyah r.a [رفيدة بنت سعد الأسلمية].

26. Siapakah yang pertama melempar anak panah pada jalan Allah?

Saad bin Abi Waqas r.a [سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه].

27. Siapakah membaca al-Quran depan orang kafir Quraisy selepas Nabi SAW?

Abdullah bin Mas’ud r.a [عبد الله بن مسعود رضي الله عنه].

28. Siapakah Ketua Tentera pertama dalam Islam?

Ali bin Abi Talib r.a.

29. Siapakah Sahabat pertama memeluk Islam dari kalangan lelaki?

Abu Bakar al-Siddiq r.a.

30. Siapakah Sahabat pertama memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak?

Ali bin Abi Talib r.a.

0 comments