Soal Jawab Sahabat r.a (2)




11. Siapakah yang membentengi Nabi SAW dalam perang Uhud sehingga lumpuh tangan kanannya?

Talhah bin Ubaidullah r.a [طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه].

12. Berapa bilangan para Sahabat r.a?

100,000 orang dan setengah berkata seramai 114,000 orang.

13. Siapakah tujuh Sahabat yang bersaudara?

Nu’man [النعمان], Ma’qil [معقل], Aqil [عقيل], Suwaid [سويد], Sannan [سنان], Abdul Rahman [عبد الرحمن], Abdullah [عبد الله] r.a, kesemuanya anak Muqrin [مقرن]. Dan mereka dari golongan Muhajirin. Kata qil, mereka menyertai Perang Khandak bersama Rasulullah SAW.

14. Siapakah Sahabat yang berhijrah 3 tempat?

Abu Musa al-Asy’ari r.a [أبو موسى الأشعري رضي الله عنه]. Setengahnya berkata Mus’ab bin Umair r.a [مصعب بن عمير رضي الله عنه].

15. Siapakah Sahabat yang menganut Islam ketika perang?

Ubaidullah bin al-Harith bin Abdul Muttalib [عبيد الله بن الحارث بن عبد المطلب] dalam Perang Badar.

16. Siapakah Sahabat yang pertama yang lahir dalam Islam?

Abdullah bin Umar al-Khattab r.a [عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنه] di Mekah.

17. Siapakah Sahabat yang pertama lahir selepas Hijrah?

Abdullah bin al-Zubair bin al-Awwam r.a [عبد الله بن الزبير بن العوام رضي الله عنه].

18. Siapakah Sahabat terakhir meninggal dunia?

Abu Tufail Amir bin Wathilah al-Laithi r.a [أبو الطفيل عامر بن واثلة الليثي رضي الله عنه].

19. Siapakah Sahabat yang mengenal antara fitnah dan kebenaran?

Umar al-Khattab r.a.

20. Siapakah Sahabat yang Nabi SAW bersabda, “Jikalau aku ada 40 anak perempuan nescaya aku kahwinkan seorang demi seorang sehingga tiada lagi tinggal” [لو أن لي أربعين بنتاً لزوجتك واحدة واحدة، حتى لا يبقى منهن واحدة]?

Uthman bin Affan r.a [عثمان بن عفان رضي الله عنه].

0 comments