Zikir Yang Mudah Pahalanya Besar


1
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَان اللهِ الْعَظِيْمِ
Dua kalimah yang ringan pada lidah menyebutnya tapi berat pada timbangan amal dan disukai oleh Allah.
Ertinya: Maha Suci Allah beserta segala pujian bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
2
سُبْحَان اللهِ العظيمِ وبحمده
Dikurniakan sepohon tamar di dalam syurga.
Ertinya: Maha Suci Allah yang Maha Agung beserta segala pujian bagi-Nya.
3
سبحان الله وبحمده عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Demi sesungguhnya, selepas aku tinggalkan engkau tadi, aku telah membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, andainya kalimat-kalimat itu ditimbang dan dibandingkan dengan apa yang engkau baca sepanjang pagi ini, tentulah dapat menyamainya.
Ertinya: Maha Suci Allah beserta segala pujian bagi-Nya sebanyak bilangan makhluk-Nya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya.
4
سبحان الله وبحمده
Barangsiapa berzikir pagi dan petang 100X diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan. Dan tiada seorang pun pada hari kiamat dengan membawa (pahala) yang melebihi apa yang dibawa orang lain. Kecuali apabila orang lain tersebut juga mengatakan sebanyak itu, atau lebih banyak lagi dari itu.
Ertinya: Maha Suci Allah beserta segala pujian bagi-Nya.
5
الحمد للهِ الذي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيْهُ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي ولا قُوَّةٍ
Barangsiapa membaca doa ini selepas makan diampunkan dosanya yang telah lalu.
Ertinya: Segala puji bagi Allah yang memberi rezeki kepada ku tanpa perlu aku bersusah payah.


0 comments