81. Bangun malam adalah salah satu sebab mendapat rahmat Allah Yang Maha Luas.
82. Memesan orang lain agar menggerakkan anda untuk bangun malam jikalau kita payah nak kejut tidur.
83. Salafussoleh dahulu amat gembira dapat beribadah di malam hari dan bersedih bila siang mula menjelma.
84. Hendaknya berterusan beribadah di malam hari jangan sekerat jalan.
85. Bangun malam dapat menghadirkan hal keadaan di Hari Kiamat di dalam diri kita.
86. Mulai ibadah di malam hari dengan 2 rakaat solat yang ringan. Salafussoleh membahagi solat mereka kepada beberapa rakaat malah ada yang sampai 100 rakaat.
87. Memerhati waktu utama di malam dan sahur kerana padanya ada satu saat yang amat mustajab.
88. Bangun malam adalah salah satu sebab tehindarnya penyakit dari badan.
89. Jalani ibadat secara bertahap dengan bilangan rakaat yang sedikit dahulu dan panjangkan qiam.
90. Salafussoleh amat menjaga ibadah di malam hari sekalipun dalam keadaan sakit.
0 comments