Haji Mohd Jantan: Bimbingan Gerak Kerja Umrah



Bimbingan Gerak Kerja Umrah: Teman untuk tetamu Allah, sebuah buku ringkas padat dalam bentuk poket agar mudah dibawa kemana-mana. Buku ini tidak dijual secara meluas, hanya diedar untuk bakal jemaah syarikat travel sahaja.

Penulis ialah Haji Mohd Jantan bin Ismail. Beliau amat dikenali sebagai seorang guru bimbingan haji dan umrah terutama di daerah Marang. Berpengalaman selama lebih 30 tahun. Sekarang diwaktu usia meniti 80 tahun beliau masih sihat dan segar bugar memberi tunjuk ajar kepada bakal jemaah khususnya di Terengganu. Apabila ditanya apakah rahsia agar kekal sihat? Beliau menjawab, “Berkat pergi Mekah setiap tahun.”

Daftar Isi

Kata-kata Aluan
Bab 1: Panduan Musafir
Bab 2: Ziarah Madinah
Bab 3: Cara-Cara Berihram
Bab 4: Gerak Kerja Ibadah Umrah
Tawaf Ifadhah
Bab 5: Sai’e
Bab 6: Ziarah Makkah
Bab 7: Solat Jenazah Dan Jamak
Bab 8: Tawaf Wida’

Penulis: Hj Mohd Jantan Ismail
Penerbit: Persendirian