Kembara
Tetamu Allah adalah catatan menuju percutian abadi yang sering dinanti oleh
setiap umat Islam. Catatan ini bukan sahaja menceritakan pengaIaman dan
perkongsian perasaan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima ini, namun
diselitkan kisah-kisah sejarah di setiap tempat yang diziarahi buat tauladan
umat Islam semua. Menunaikan haji dalam keadaan fizikal yang kurang sihat
menjadi penguat semangat dan detik-detik manis yang kekal dirasai penulis
sehingga kini.
Allah
membentangkan hamparan yang cukup luas lagi indah bagi menyambut kedatangan
para tetamunya ke Tanah Suci sehingga perasaan malu tebal dirasi tatkala berada
di halaman rumah-Nya.
Pengalaman
menunaikan fardu haji tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang sudah melaksanakan
ibadat itu. Aroma haji nyata luar biasa. Ia suatu detik dalam kehidupan manusia
yang pastinya menjadi ingatan seumur hidup. Ingatan ini tentunya bersebab.
Mengapa Allah mewajibkannya sekali seumur hidup? Malah mengapa pula ia menjadi
Rukun Islam yang kelima?
Pengalaman
yang dicatatkan oleh Ezee Rahmani membantu khalayak pembaca bagi merasai nikmat
menunaikan fardu haji selain dapat memotivasikan mereka bagi melakukannya
dengan cara terbaik. Pastinya perjalanan suci melalui jalan yang dilalui oleh
Nabi Muhammad dan para sahabat awal berbekalkan iman, amal, kasih sayang dan
persaudaraan tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang pernah merasainya.
Penulis:
Ezee Rahmani
Penerbit:
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga:
RM 16.00 / RM 18.00