Hadith 5: Beza pahala
orang mahir membaca al-Quran dengan orang yang tersekat-sekat.
عَنْ
عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمَاهِرُ
بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ
وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ، لَهُ أَجْرَانِ - وَهُوَ يَشْتَدُّ عَلَيْهِ فَلَهُ أَجْرَانِ.
[البخاري ومسلم واللفظ له وأبو داود والترمذي والنسائي
وابن ماجة]
Ertinya: Dari
Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Seseorang yang ahli
di dalam al-Quran akan berada dikalangan malaikat yang mana mereka itu adalah
jurutulis-jurutulis yang mulia dan lurus. Manakala seseorang yang tidak lancar
(tersekat-sekat) didalam membaca al-Quran dan terpaksa bertungkus lumus
mempelajarinya akan mendapat dua kali ganda ganjarannya.
[HR Bukhari,
Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah]
0 comments