Soalan:
Apakah hukumnya
pesakit lelaki dan perempuan yang masih dalam Ihram sebelum Tahallul Awal memakai
gelang yang diperbuat daripada plastik yang ditulis nama pesakit itu dan tidak
boleh dibuka melainkan dengan digunting kerana tujuannya untuk mengenali
pesakit tersebut khasnya apabila mereka dihantar ke Hospital Arab, adakah
dibolehkan atau haram dan jika haram adakah dikenakan Dam (fidyah) dan adakah
berdosa?
Jawapan:
Harus bagi orang
perempuan memakai gelang tersebut. Adapun bagi lelaki adalah diharuskan kerana
hajat, tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam.
Sumber:
Lembaga Tabung
Haji Malaysia. Soal Jawab Haji & Umrah. 1999.
0 comments