Hadith 5: Tasbih, Tahmid dan
Takbir selepas solat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: جَاءَ
الْفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: ذَهَبَ
أَهْلُ الدُّثُورِ مِنَ الأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلا وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ،
يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ، وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ
يَحُجُّونَ بِهَا وَيَعْتَمِرُونَ وَيُجَاهِدُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ، قَالَ: أَلا أُحَدِّثُكُمْ
بِأَمْرٍ إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ
بَعْدَكُمْ وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ، إِلا مَنْ عَمِلَ
مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلاةٍ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ،
فَاخْتَلَفْنَا بَيْنَنَا، فَقَالَ: بَعْضُنَا نُسَبِّحُ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَنَحْمَدُ
ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَنُكَبِّرُ أَرْبَعًا وَثَلاثِينَ، فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ:
تَقُولُ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ حَتَّى يَكُونَ مِنْهُنَّ
كُلِّهِنَّ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ.
[البخاري]
Ertinya: Abu
Hurairah r.a berkata: Pernah datang para fuqoro’ kepada Nabi SAW seraya berkata:
Orang-orang kaya dengan harta benda mereka itu, mereka mendapat kedudukan yang
tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Kerana mereka melaksanakan solat seperti
juga kami melaksanakan solat. Mereka berpuasa sebagaimana kami juga berpuasa.
Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka sehingga mereka dapat
menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut juga dapat melaksnakan umrah
bahkan dapat berjihad dan bersedekah.
Maka Baginda SAW
pun bersabda: Mahukah aku sampaikan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu ambil
(sebagai amal ibadah) maka kamu akan dapat melampaui (darjat) orang-orang yang
sudah mengalahkan kamu itu (yang kaya tadi) dan tidak akan ada yang dapat
mengalahkan kamu dengan amal ini sehingga kamu menjadi yang terbaik diantara kamu
dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti
yang kamu amalkan ini. Iaitu kamu membaca tasbih (SubhaanaLlah), membaca tahmid
(AlhamduliLlah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selepas solat sebanyak
33X.
Kemudian setelah
itu diantara kami terdapat perbedaan pendapat. Ada diantara kami yang berkata: Kita
bertasbih 33X, lalu bertahmid 33X, lalu bertakbir 43X. Kemudian aku kembali
menemui Rasul SAW.
Baginda SAW
bersabda: Bacalah Subhaanallah Walhamdulillah Wallahu Akbar hingga semuanya berjumlah
33X.
[HR Bukhari]
Dalam Kitab Fathul
Bari - Ibn Hajar menyebut fuqoro’ itu ialah Abu Dzar al-Ghiffari, Abu Darda’,
Abu Hurairah dan Zaid bin Tsabit. Dalam Hadith yang lain menyebut 4 kalimah
paling disukai Allah iaitu:
عَنْ
سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ، قال: قال رسول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَحَبُّ
الْكَلامِ إِلَى اللهِ أَرْبَعٌ، سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ ، وَلا إِلَهَ
إِلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، لا يَضُرُّكَ بِأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ، وَلا تُسَمِّيَنَّ
غُلامَكَ يَسَارًا، وَلا رَبَاحًا، وَلا نَجِيحًا، وَلا أَفْلَح فَإِنَّكَ تَقُولُ
أَثَمَّ هُوَ فَلا يَكُونُ، فَيَقُولُ لا إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلا تَزِيدُنَّ
عَلَيَّ.
[مسلم]
Ertinya: Dari
Samurah bin Jundab; Rasulullah SAW bersabda:
Ada empat ucapan
yang paling disukai Allah SWT: 1) Subhanallah, 2) Alhamdulillah, 3) La ilaha
illallah, 3) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu mulai.
Selain itu
janganlah kamu memberi nama anakmu dengan nama; Yasar, Rabah, Najih, atau
Aflah. Kerana jika kamu bertanya: Apakah memang demikian (keadaanmu sesuai
dengan namamu) dan ternyata tidak seperti itu, maka ia akan menjawab: Tidak.
Hanya empat itulah
kalimat yang saya dengar maka janganlah sekali-kali kamu menambahkannya atas
namaku.
[HR Muslim]
Bermaksud tiada
kesalahan nak mula Takbir dahulu baru Tasbih atau memulai Tahmid dahulu baru
Tasbih. Akan tetapi Ibn Hajar dalam Fathul Bari menyebut bahawa afdhal memulai
dengan Tasbih kemudian baru Tahmid, Takbir dan diakhiri Tahlil.