A) Soalan:
Seorang dari
Madinah telah melakukan Mandi Sunat Ihram, memakai ihram dan bersolat Sunat
Ihram tetapi terlupa berniat di Bir Ali, adakah dikira sah Haji/Umrahnya?.
Jawapan:
Tidah sah
Haji/Umrahnya melainkan dengan berniat kerana ia adalah rukun.
B) Soalan:
Apa hukum bagi
seorang yang berniat ihram samada Haji atau Umrah setelah melampau Miqat?.
Jawapan:
Niat Haji/Umrah
itu sah tetapi ia dikenakan dam kerana meninggalkan Miqat (tidak berniat ihram
di Miqat).
C) Soalan:
Apa hukum bagi
seorang yang tidak berniat apa-apa semasa melalui Miqat?
Jawapan:
Jika seseorang
tidak berniat apa-apa semasa melalui Miqat maka tidak ada apa-apalah baginya
(tidak ada Haji dan tidak ada Umrah). Sekiranya ia berniat Ihram dan tidak
ditentukan samada Ihram Haji atau Umrah atau Qiran (kedua-duanya sekali)
seperti berkata di hatinya:
“Sahaja aku
berihram”.
Jika berlaku di
luar bulan-bulan Haji maka jadilah niatnya itu Ihram Umrah dan jika dalam
bulan-bulan Haji terpulanglah di atas kemahuannya sama ada Ihram Haji atau
Umrah. Penentuannya itu (samada berihram Haji atau Umrah) boleh dibuat setelah
ia melampaui Miqat.
Sumber:
Lembaga Tabung
Haji Malaysia. Soal Jawab Haji & Umrah. 1999.
0 comments