KUALA LUMPUR:
Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi
dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya
diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga
amat murah.
Dengan modal
RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk
umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta
lain untuk berada di bawah mereka.
Peserta terbabit
juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi
rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja
termasuk bukan ahli skim berkenaan.
Penolong
Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan
siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.
“Siasatan awal
setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang.
Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk
menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.
0 comments