Hadith 7: Terbaik adalah infaq
fi sabiliLlah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللهِ، نُودِيَ فِي
الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا خَيْرٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاةِ دُعِيَ
مِنْ بَابِ الصَّلاةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ،
وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ، وَمَنْ كَانَ
مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ:
يَا رَسُولَ اللهِ مَا عَلَى أَحَدٍ يُدْعَى مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ،
فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ كُلِّهَا؟، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ.
[مسلم]
Ertinya: Dari Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang
bersedekah sepasang kuda perang untuk membela agama Allah, maka ia akan
dipanggil kelak di dalam syurga: Wahai hamba Allah! Inilah pahala kebaikanmu.
Siapa yang rajin solat,
dia akan dipanggil dari pintu solat; dan siapa yang ikut berjihad untuk
menegakkan agama Allah, dia akan dipanggil dari pintu jihad; dan siapa yang
rajin bersedekah, dia akan dipanggil dari pintu sedekah; dan siapa yang rajin
berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu al-Rayyan.
Kemudian Abu Bakar r.a
bertanya: Wahai Rasulullah, ada tak orang yang dipanggil dari semua pintu itu
sekaligus?
Rasulullah SAW
menjawab: Ya, ada, dan aku mengharap kamulah salah seorang dari mereka.
[HR Muslim]