Hadith 7: Kelebihan beramal
dengan al-Quran.
عن النَّوَّاسَ
بْنَ سَمْعَانَ الْكِلابِيَّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، يَقُولُ: يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ
كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ، تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ وَضَرَبَ
لَهُمَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثَلاثَةَ أَمْثَالٍ مَا نَسِيتُهُنَّ
بَعْدُ، قَالَ: كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ ظُلَّتَانِ سَوْدَاوَانِ بَيْنَهُمَا
شَرْقٌ، أَوْ كَأَنَّهُمَا حِزْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا.
[مسلم]
Ertinya: Dari al-Nawwas
bin Sam’an al-Kilabi berkata: Saya mendengar Nabi SAW bersabda:
Al-Quran akan
didatangkan pada Hari Kiamat bersama ahlinya yang telah beramal dengannya, dan
yang pertama kali adalah Surah al-Baqarah dan Ali Imran.
Kemudian Rasulullah
SAW memberikan tiga bandingan terkait dengan keduanya, aku tidak akan melupakannya
setelah itu. Iaitu seperti dua tompok awan hitam yang diantara keduanya
terdapat cahaya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam kedudukan
hendak membela pembacanya.
[HR Muslim]
0 comments