Soalan:
Apakah hukum
sekiranya terdapat dua kumpulan bersolat jemaah di dalam satu masjid? Adakah
jemaah yang kedua mendapat pahala jemaah ataupun mendapat pahala solat
sendirian. Mohon nas-nas (al-Quran ataupun hadis) yang berkaitan kerana ingin
menerangkan pada sahabat.
Jawapan:
Menurut pendapat
sarjana Islam yang muktabar, sekiranya yang dimaksudkan solat itu adalah Solat
Jumaat, maka tidak sah jemaah yang kedua itu.
Sekiranya ia
adalah solat jemaah lima waktu, sah solat kedua-dua jemaah itu. Ada beberapa
kemungkinan boleh terjadinya dua jemaah di dalam satu masjid:
1. Sekiranya
imam jemaah yang pertama ada kekurangan seperti bacaannya tidak betul atau
keadaannya fasik, jemaah kedua perlu tunggu sehingga habis salam jemaah yang
pertama itu. Kemudian, jemaah kedua boleh memulakan solat, cara ini bagi
mengelak daripada timbulnya fitnah.
2. Kemungkinan
sebab kedua adalah jemaah pertama hampir selesai solatnya, maka sunat jemaah
yang baru sampai memulakan jemaah yang baru. Tetapi sekiranya yang baru sampai
itu seorang sahaja, dia perlu terus takbir dan mengikut imam itu.
Sekiranya
sengaja mengadakan jemaah kedua sedangkan jemaah pertama tida ada sebarang uzur
syar’ie bagi diikuti, maka hukumnya adalah haram kerana mencetuskan perpecahan.
Sumber:
Ustaz Azhar
Idrus. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan
Semasa. 2011. PTS Islamika.
0 comments