Soalan 2


Soalan:

Seorang yang sedang sai’e pada pusingan keempat ternampak kawan sekampung yang sudah begitu lama tida berjumpa. Dia cuba mengejar bagi mendapatkannya. Adakah batal sai’enya?

Jawapan:

Batal pusingan sai’e disebabkan sudah bertukar niat iaitu bertukar niat bukan sai’e kerana Allah tetapi sai’e kerana ingin mencari kawan lama.


Sumber:
Zulkifli Khair, Khari Abdul Salam dan Abdul Ghani Jalil. 501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah. PTS Islamika. 2008.

Soalan:

Adakah sah sai’e suami isteri yang sama-sama mengerjakan sai’e dalam keadaan suami menyorong dan isteri duduk di atas kereta yang disorong kerana isteri uzur tidak dapat berjalan?

Jawapan:

Hukumnya sah dengan syarat suaminya mengqasadkan untuk sai’e dan bukan semata-mata menyorong.

Sumber:
Lembaga Tabung Haji Malaysia. Soal Jawab Haji & Umrah. 1999.
  • Soalan 7
    Soalan: Islam amat menggalakkan umatnya agar sentiasa dalam keadaan b ...
  • Soalan 1
    Soalan: Apakah hukum wanita yang berlari-lari anak di kawasan bertand ...
  • Soalan 4
    Soalan: Bolehkan sai’e diganti dengan Dam? Jawapan: Read more ...

0 comments